Monday, June 29, 2009

nak buat announcement :)

aku harapla.. aku harap dan aku nak seeeeemuaaaaa ni bukanlah kerana semangat semata2.. tapi ia adalah kerana kesedaran yang aku dapat taktala pemergian aku ke mukhayam last week.. hmmm macam2 yang dirasa... dan aku memilih untuk kekal thabat di jalan ini walaupun pada fitrahnya memang di janjikan onak duri yang bakal menghiasinya.. tapi inilah langkah2 menuju kegembiraan yang hakiki, pada kehidupan infiniti..ku panjatkan doa agar diri ni sentiasa diberi kekuatan untuk terus melangkah walau pe pun yang melanda dan kumohon doa dari semua, agar segala urusanku dipermudahkanNYA. hehe intro.. paham ke? tak paham takpe.maafle, memang suka berkias. tapi yang pentingnya apa yang nak di announce kan di bawah ni ye...:)

dengan ini saya Aifa Syireen bt Arifin, mengishtiharkan bahawa dalam dua minggu lagi adalah tarikh HARI LAHIR saya yang ke 25 tahun.. hahahahahhaa.. teringat masa sekolah2 dulu, suka bebenor announce kat org, at least 2 weeks before the date, supaya hari berkenaan dilalui dengan happynya bila jalan ke mana pun ada org wish:) gile glamour!! hehehe

dengan itu, pada sesiapa yang berfikir2 untuk membeli hadiah untuk saya..maka saya ada cadangan untuk anda... hahahahaha.. bagus pe bg cadangan, kita patut beri barang yang si penerima itu akan menggunakannya.. betul tak? dan lagi bagus sekiranya barang yg kita bg tu bakal menjadi amal jariah...dapat two in one la, satu untuk menggembirakan sahabat kita, satu lagi untuk saham akhirat lah beb!

oleh yang demikian... kepada korang, boleh la belikan saya buku2 cerita.. skang ni sangat mengdahagakan buku2 cerita.. buku2 cerita yang bisa membangkitkan rasa cintaku padaNya.. buku2 cerita yang bisa membuatkan diriku lebih bahgia dalam melayari kehidupan..buku2 cerita yang bisa menambahkan keyakinan ku dalam mengukuhkan ku di jalan yang kupilih ni.. buku2 cerita yang bisa menjadikan ku lebih matang dan serius.. inshaAllah, buku2 ni akan dibaca berulang kali supaya korang pun boleh dapat pahala yang berpanjangan... hehehe

antara2 buku2 yang boleh dibeli ialah (sebab takut terbeli yang sama plak ek): buku tulisan ustaz hasriza sebabl satu takde pun lagi, sedap betul baca ayat2 dia(kalau dalam majalah ANIS tu).. hehehe..buku hajah rohani tentang "kemanakah perginya wang anda?" pun ok gak, kalau buku politik.. emmmm nak bagi boleh juga.. tapi liat sikit nak baca.. tapi takpe kalau nak bagi pun takde hal punya...hmm sape nak bagi tafsir fizilail satu set?????!!! mutiara perkahwinan pun ok gak kalau nak belikan(penjual buku kat Kedai Badan cakap ni buku terbaik yang patut dibaca kalau nak kawin, kome bacala)..hadis riwayat muslim&bukhari, ada tak sape nak bagi???...

huwaaa... macam2 takde lagi ni.. huhuhuuhuu.best nyee kalau boleh buat library kat umah... eh tapi takdela nak paksa kome beli, just in case kalau tetiba teringin nak belikan hadiah dan takde plak idea nak beli hadiah apa untuk apa2 hari istimewa saya, maka bolehlah dipikirkan idea2 di atas... tapi ingat, jangan lupa tulis ucapan dalam buku tu...dan tandatangan berserta tarikh sekali ye..

p/s: happpppyy sgt dapat beli buku yang dicari2... hehe, cik piah @ mama tolong carikan di KL plak .. hehe, hmm tak sabar nak balut dan baca!end of this week kita bedah bersama2 ek...
tapiiii satu lagi tak tau nak cari mana.mama kata takde tadi. sape tau tempat mana ada jual???

akhawat, jom berubah!!!

ditulis di FB pada 24 Jun 2009.

No comments: