Monday, June 29, 2009

mencari hidup yang baru...(end)

"kiki, camne latihan sekarang??boleh ikut tak??" tanya kelly, anak ketua kampung lipat empat.

"alhamdulillah, ok. tapi nak kena belajar banyak lagi ni.. hehe masih baru, tapi so far kiki gembira kerana di sini semuanya saling menampung antara satu sama lain. kiki rasa lebih bertenaga..LUAR BIASA HEBAT!!" kata kiki dengan nada yang semangat!

"hehe, baguslah. teruskan kiki,untuk berada di jalan ni, tak semua benar2 sanggup. bukankah menjadi fitrahnya jalan ni memang penuh dengan onak dan duri, ia pasti bukan dihampari permaidani, kiki. jadi kita kena tabah..dan yakinlah segala yang kita buat, bukanlah untuk sekarang..tapi inilah jual beli yang kita buat untuk di masa akan datang, dan semoga amal2 kita diterimaNya. dan sekarang kiki telah berada semula di dalam kelompok kambing, yang mana jauh lebih selamat dari berkeseorangan.. kalau kita seorang pasti kita terlalu lemah untuk menghadapi dugaan, betul tak??"

"betul, kelly, kiki akui, bila seorang, kuar dari kumpulan, macam2 dugaan datang, dan kadang2kiki terkedu kerana tak sangka ujian itu bukan sahaja dari musuh yang nyata.. tapi even teman sendiri boleh jadi satu ujian buat kita"..kiki meluahkan perasaannya

"ya, kiki,itulah namanya lumrah kehidupan.. tapi bukankah ia membuatkan hidup kita menjadi lebih indah?? banyak pengalaman, walau pahit atau manis... tapi ia membuat kan kiki boelh keluarkan pelabagi reaksi dan respon, yang dicipta untuk kita. betul tak??"

"hahahaha.. aah betul3x..ada gaya upin ipin tak" gelak tawa mereka memecah keheningan pagi.

**************************
****************************************

transaksi dalam kehidupan... dari satu kumpulan ke kumpulan yang sama tapi di satu kawasan yang lain..dalam usaha mencari hidup yang baru.. di kumpulan lama, mungkin kita lebih selesa..kerana sudah terlalu biasa lantaran membesar di sana.. namun, kita disuratkan untuk berhijrah ke kawasan baru, yang kita sendiri tak tau bagaimanakah keadaannya.. tapi kita pasti mereka juga sama seperti kita..membawa panji yang sama.. dan kita meneruskan langkah.. ke kumpulan yang baru..

dalam langkah menuju transaksi itu,adakala kita terjatuh, tesungkur malah pernah juga tersembam.. kerana apa?? kerana kita tidak biasa untuk berada sejauh ini.. atau barangkali kita dihadapkan dengan pelbagai benda yang kita tak sangka.. ujian datang bertimpa2.. menguji diri untuk melihat sejauh mana kecekalan kita untuk melangkah.. dan adakah kita mampu untuk teruskan langkah?? langkah menjadi perlahan..perlahan dan perlahan.. namun, dalam hati iman berontak untuk melangkah..namun, jasad sudah mulai kata tidak.. hati kita merajuk diduga benda yang tak disangka2.. teman kita mematahkan bicara... sengsara dan derita dalam transaksi ini.. namun, ia satu langkah yang tak bisa ditarik kembali.. hanya ada dua solutionnya:

(i) teruskan melangkah
(ii) kalah, dan berhenti sahaja di sini!

"tidak!!tidak!! aku tak mahu kalah!!aku tak mahu! "

lalu, teruskan langkahmu..gagahkan dirimu.. dan peganglah apa yang kau yakin sehingga kau mampu capai ia.. ingatilah bahawa sahabat2 mu sentiasa mendoakan mu.. walau jauh di matamu, namun dekat sekali di hatimu.. ibu dan ayahmu yang mendidikmu, sentiasa doakan agar dirimu berjaya menghadapi segala dugaan itu..

teruskan.... mencari hidup yang baru...

ditulis di FB pada 26 Jun 2009.

No comments: