Monday, June 29, 2009

mencari hidup yang baru...(part 3)

kedekuk...kedekuk..kedekuk
k...kedekuk..

berhenti seketika....

kedekuk...kedekuk..kedekuk..

berhenti lagi....

"fuh..kuar plak peluh jantan aku ni hah..." kata kiki sambil mendengus2 nafasnya berlari sekejap dan berhenti..masih terngiang2 di telinga kiki.. mesti berhati2 dengan penuh strategi...kiki sedar langkahnya sering diperhatikan...namun, dia tekad, apa jua yang terjadi..langkah pasti diteruskan!

"hmmm.. lapar plak, kena cari port nak makan dulu ni..." kata kiki sambil memegang perutnya yang berkeroncong seraya melihat peta.. kalau mengikut petanya dia baru melepasi satu kampung, walhal untuk sampai ke kampung lipat empat tu ada lima kampung.. hmm maknanya, ada empat lagi kampung kena di hadapi..dan ini akan dimulakan esok. skang waktu rehat.. monolog kiki sendirian..sambil menyantap rumput asli yang dibekalkan ibunya....

krokk..krokkk..krokkk..

"tangkap ni!tangkap!mewah kita man!mewah!!!" kata abu seraya bergelak besar...

"ko pegang betul2 ni abu!jangan gelak je...aku dah lama tak makan kambing golek..wah sedap ni..sedap..."

kiki tak sedar.. lenanya di bawah pokok mangga telah mengundang bahaya padanya.. abu dan ali, penduduk kampung pindang enam yang disinggahnya malam tadi telah menyedari kehadirannya.. dan kini cuba menangkap kiki.. arghhh terbayang wajah ibu dan ayah... aku mesti lawan!!mesti!!

"weh, degil betul kambing ni.. ko ikat ketat sikit tali tu ali.. macam dah nak terlepas je ni.. harap badan je keci kambing ni, tapi ganas macam kerbau!"

"adoiiiiii!!!!!!!! tak guna!punya kambing!!nah!ambil kau!" jerit abu yang di tanduk kiki...kerana geram dia telah baling batu bertubi2 pada kiki... adakala balingannya tersasar, namun ada juga yang tepat pada sasaran..kiki terus melangkah laju.. walaupun pada lehernya ada kesan darah.. pedih taktala peluh menitis.. bila keadaan semakin selamat..kiki mencari satu ruang untuk berehat, dia perlu mengubati luka2nya..kaki kirinya semakin bengkak, kerana batu kerikil tepat kena pada kakinya... bergenang air mata kiki... menahan kesakitan .. namun, dia mengetap bibirnya.. dan bersabar atas apa yang berlaku.. ini lah risiko yang perlu ditanggungnya..namun, atas kerana kiki jelas dengan matlamatnya.. maka dia takkan mudah mengalah..sangkaan nya jauh meleset.. bukan keluarga serigala sahaja yang mengancam nyawanya..malah banyak lagi faktor2 lain, yang bisa membuat dirinya mungkin mengalah dalam mencapai matlamat hidupnya... terkedu kiki, namun, bila direfresh semula..kiki kembali semangat!tiada apa yang dapat menghalangnya!dan esok perjalanan akan diteruskan!!!!

kiki melangkah longlai.. perlahan, namun terus melangkah,walaupun ada kala berhenti..tapi dia tak mau mengalah sebelum berjuang.. kaki kirinya semkin bengkak.. namun kiki dah sapu ubat panas.. harap2 keadaan semakin pulih... hari itu sangat terik.. kawasan yang kiki lalui amat lapang..namun, disebabkan terlalu lapang, matahari memancar terik ke kepalanya.. haus sungguh kiki..bekal airnya semakin sikit.. makanannya juga habis terburai saat abu dan ali menangkapnya.. kiki sunggguhhh haus..dah dua hari tak minum air.... langkahnya diberhentikan... dan akhirnya kiki terbaring..

"kiki, kiki kena kuat.. kiki kena sedar, once kita melangkah kuar.. ada macam2 dugaan akan menimpa kita.. tak kisahlah dari arah mana pun..tapi kiki mesti ingat, kena kekal tabah di jalan yang kita dah pilih ni!" terbayang kata2 bim,kawan rapat kiki yang dianggapnya ibarat seorang sahabat karib..kiki ibarat sedang memimpikan semula segala ucapan dan dorongan keluarga dan sahabbtnya.. akhirnya kiki tersenyum...sambil matanya tutup perlahan-lahan....

ditulis di FB pada 25 Jun 2009.

No comments: