Showing posts with label moment indah. Show all posts
Showing posts with label moment indah. Show all posts

Monday, July 20, 2009

cite mukhayam.

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar." (As-Saff : 10-12)

hmmm.. nak..nak..nak..! tetapi selalunye ucapan tak semudah perlaksanaan.. namun, itu la dia.. tak suka maka tak juang.. mmg fitrah, kalau kita lebih bersusah payah, kalau dapat hasilnya baru le lebih manis.. kan?

last weekend p mukhayyam lagi, sejak balik dari OBM, ni kali ke 4 pi mukhayyam.. hehe, alhamdulillah kejayaan OBM telah menapis kefobiaan aku, dan sememangnya Dia telah merancang sesuatu yang lebih baik buat aku.. berdebar2 la plak ye.. tapi takpe, kaki ku akan terus ku langkah walau seribu satu kekurangan diri yang aku ada.. yang penting, takmau lari dari jalan yang aku dah jatuh cinta ni.. inshaAllah.

hmm..masa mukhayyam tu, peserta dari banyak golongan umurla.. dari nenek sampai la ke cucu. hehe, mu'az dan mus'ab juga ada (depa ni kembar).. geram tul.. tembam.. rasa nak cubit2 je.. lagi2 bila depa gelak.tapi aku masih belum reti nak beza mana satu mu'az , mana satu mus'ab.. yg aku boleh detect aiman je.. aiman yang hensem tu..

sonok sebenarnya bila join program yg gabung camni.. sebab kita melihat raamai yang dah berjaya lepasi waktu2 genting (perubahan dari alam kampus ke alam kerja atau alam kerja ke alam perkahwinan).. berjaya ni maknanya sustain la, tak lari dll.. rasa gembira sangat.. sebb itu lah motivasi itu aku terus gerak, kalau depa yg byk tanggungjawab tu mmpu untuk aktif, dan nape tidak aku?? buat malu je kalau kalah ngan makcik2 tu.. insaf2..

dan apa yg buat aku bertambah terpegun ialah bila mana ada sorang makcik tu dan umur 50an dah pun, anak 9, tapi punya satu kekuatan mental yang mantap.. semua aktiviti dia tak lepas, even repailing, flying fox,laluan berhalangan, trekking, survival cooking... ahhh time survival cooking paling best.. kan kena masak guna kayu api (which aku mmg tak suka sebb tak reti), pastu masak guna buluh dll, makcik ni sangat berusaha bersungguh2 untuk memastikan api itu sentiasa menyala.. dia tiup2 bara tu sedekat 1 cm je ngan api tu.. ni orang muda(aku le), da letih nak layan api tu, so aku pun dok tepi jele.. walaupun nasi group kasi jelantah.. dan mmg tak masak pun, tapi aku boleh cakap dia menang atas kesabarannya.. mmg mantap!

itu kisah sabtu.. ahad plak, kasutnya rosak, so dia pakai selipar jepun je lalu flying foz, repailing dan laluan berhalangan.. perghhhh gile selamba.. mmg impress la.. malu je as org muda(aku le) ni.. persediaan zahir je lebih, bila sekali suh apply, terus bebel "takmau turun!!!takmau turun!!".. hehehe jeritan sorang budak masa repailing.. hehehe

hmmm... semoga kita berjaya melepasi saat2 itu seperti mereka... dan tak berhenti di tengah jalan.. ameen..

next in line: mukhayam mana lagi pasni???

Monday, June 29, 2009

di saat tiada untukmu, aku ada disisimu!

Rabu bersilih ganti.. tup tup tibalah ke rabu yang semalam.. hehe..
tepat 8.50 pm, aku kuar dari rumah.. pi 'jalan2' dulu!! hmm sesat sampai ke nilai (salah andaian, dad ingat aku nk p USIM, so dia terslah bg peta).. alhamdulillah, ada 'peta berguna' lagi satu maka berjaya juga tiba di KUIS walaupun lewat dalam 20 minit (berpusing cari jalan masuk ke masjid~maka akhirnya terpaksa gak masuk ke tempat NO ENTRY!)

cara kak saiba mmg best! tak tau la .. tapi hati aku berbunga2 dgn caranya.. asek dokk sengih dan memandang tepat ke wajah nya tanpa mengedipkan mata (ehh mana bleh, mata mmg berkedip laa).. masa tu ada 7 org..termasuk aku n kak saiba. kak sara ngan group lain, kat hujung tepi sikit..

"apa pentingnya kita taaruf??"satu pertanyaan mudah yang simple, tapi aku jrg sekali tanya..tapi soalan ni telah membuat aku berfikir..hhmmm.. aah kan?apa pentingnya??

"berkenalan.."

"mengenali satu sama lain"..

dan lain2 jawapan.. dan of course la , taaruf ni berpanjangan kan, kita takkan kenal org dlm masa sehari.. so mestilah melalui proses2 tertentu kan,, paling tidak kita makan, tidor dan bermusafir bersama..even orang yg dah tinggal sebumbung pun belum tentu mengenali isi budi housematenya..

"rukun usrah yang kedua ape??" kak saiba tanya lagi dgn reaksi mata, kening .. ekspresi yg amat membangkitkan perhatian aku..

"tafahum!".. ramai2 menjawab...

"emm betul, tafahum, saling memahami..kita cuba memahami apa yang adik beradik usrah kita rasa, kita tak pentingkan diri... kita sentiasa akan cuba memahami sekiranya mereka ada masalah dan lain2, ok ape rukun yang ketiga plak??"

"takaful, kak. kita saling bantu membantu sekiranya adik beradik usrah kita dalam kesusahan"

"betul!dalam usrah, kita ibarat satu keluarga yang ada 'mak', ada 'ayah', ada adik beradik yang sepatutnya kita saling mengenali, memahami dan membantu sepanjang masa. tidak mengapa kalau kita jauh dari family tapi di sini,kita ada family yang sama2 akan jaga kita, jaga untuk apa? jaga supaya kita sama2 memimpin tangan mencapai redhaNYA. jadi kita kena saling memahami, kalau ada salah kita tegur cara berhikmah, dan yang ditegur perlulah ucap 'terima kasih', berlapang dada kerana adik kita yang lain ni cuba bantu kita daripada terlena jauh.selain dari tu, kita kena bantu di kala adik beradik kita berasa dalam kesusahan, dalam apa jua keadaan sehingga ke tahap "di saat orang lain tiada untukmu, aku ada disisimu!".......

pehhhhhh makin berbunga jiwa aku!betul2..betul2!!..ni yg menambahkan keyakinan aku ni.. hehehe..sedap betul ayat dia.(lebih2 terkena di saat aku di terkapai2 mencari diri".)..tapi inilah 'kuasa' ikatan ukhuwah yang berlandaskan aqidah.. semuanya kerana Dia, kasih dan sayang yg tak mudah pudar walau di badai bencana...hmm dan sesi diteruskan dgn Tilawah dan tadabur AQ (bertambah sonok bila kak saiba mmg pakar bab tafsir ni).. dan seterusnya kami buat review prakata buku pertama yg aku baca masa mula2 dulu berjinak dgn usrah ni.. "Apa Ertinya saya menganut Islam".. lama gile tak refresh kan diri dgn buku ni..sometimes, kita suka take for granted, benda2 yg kita rasa simple.. tapi sebenarnya yg simple tu la yg bisa menjadikan diri kita berbeza.. aifa di jaman kanak2/jahiliah, aifa di jaman teknik/pendedahan, aifa di jaman matrik/penjinakan, aifa di jaman perkembangan..dan aifa di jaman pekerjaan/pembantutan..hmm
..

"ye aifa.. nak tambh pape?? asek senyum je ni, mana aci asek kak saiba je ckp, next week akk nak puasa la"..katanya dgn senyuman manis.. hmm sejuk nyee hati melihat muka orang beriman... hmm pasti lagi sejuk perut ibunya yang mengandungkannya..

"emmmm aifa nak jadi adik usrah la... sonok lah..hehe" ..segan seh.. rasa tak layak sungguh.. kalau nak dibandingkan...dgn dia yang sangat mantap.. hmmm takpe2..pepun, aku teringat kembali lagu favourite skang.. "aku ingin mendekatiMu, sehina mana pun aku..".. jadi takpela... teruskan juga!

huhu.on the way balik tu, memecut dengan sepenuh perasaan.sambil berpikir. rugi betul sebab dtg lambat, kan best kalau dengar dari awal.. satu pendekatan yg amat berbeza dari cara aku yang gila ni.. haha tapi sangat menggoda jiwaku untuk menerima .. pecut jugak sebab...

"tolong belikan burger ayam.. ngidamlah.. hehe".. dan i am going to be mak su.. ehh tak glamour.. aunty la.. hahaha..alhamdulillah dan smoga dipermudahkan... amin..

ditulis di FB pada 4 June 2009.