Tuesday, July 28, 2009

...terangkanlah...

terangkanlah.. terangkanlah..
jiwa yang berkabut langkah penuh dosa
bila masa telah tiada
kereta kencana datang tiba-tiba

airmata dalam luka tak merubah ceritanya
hanya hening dan berjuta tanya
dalam resah dalam pasrah

terangkanlah.. terangkanlah..
hati yang mengeluh saat hilang arah
detik waktu yang memburu
detik yang tak pernah kembali padaMu

terangilah.. terangilah..
bimbing kami dalam langkah
ampunilah.. maafkanlah..
dosa hidup sebelum di akhir masa

ya Allah biha ya Allah biha
ya Allah bi khusnul khotimah
ya Allah biha ya Allah biha
ya Allah bi khusnul khotimah

Khusnul Khatimah by Opick

Monday, July 20, 2009

cite mukhayam.

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar." (As-Saff : 10-12)

hmmm.. nak..nak..nak..! tetapi selalunye ucapan tak semudah perlaksanaan.. namun, itu la dia.. tak suka maka tak juang.. mmg fitrah, kalau kita lebih bersusah payah, kalau dapat hasilnya baru le lebih manis.. kan?

last weekend p mukhayyam lagi, sejak balik dari OBM, ni kali ke 4 pi mukhayyam.. hehe, alhamdulillah kejayaan OBM telah menapis kefobiaan aku, dan sememangnya Dia telah merancang sesuatu yang lebih baik buat aku.. berdebar2 la plak ye.. tapi takpe, kaki ku akan terus ku langkah walau seribu satu kekurangan diri yang aku ada.. yang penting, takmau lari dari jalan yang aku dah jatuh cinta ni.. inshaAllah.

hmm..masa mukhayyam tu, peserta dari banyak golongan umurla.. dari nenek sampai la ke cucu. hehe, mu'az dan mus'ab juga ada (depa ni kembar).. geram tul.. tembam.. rasa nak cubit2 je.. lagi2 bila depa gelak.tapi aku masih belum reti nak beza mana satu mu'az , mana satu mus'ab.. yg aku boleh detect aiman je.. aiman yang hensem tu..

sonok sebenarnya bila join program yg gabung camni.. sebab kita melihat raamai yang dah berjaya lepasi waktu2 genting (perubahan dari alam kampus ke alam kerja atau alam kerja ke alam perkahwinan).. berjaya ni maknanya sustain la, tak lari dll.. rasa gembira sangat.. sebb itu lah motivasi itu aku terus gerak, kalau depa yg byk tanggungjawab tu mmpu untuk aktif, dan nape tidak aku?? buat malu je kalau kalah ngan makcik2 tu.. insaf2..

dan apa yg buat aku bertambah terpegun ialah bila mana ada sorang makcik tu dan umur 50an dah pun, anak 9, tapi punya satu kekuatan mental yang mantap.. semua aktiviti dia tak lepas, even repailing, flying fox,laluan berhalangan, trekking, survival cooking... ahhh time survival cooking paling best.. kan kena masak guna kayu api (which aku mmg tak suka sebb tak reti), pastu masak guna buluh dll, makcik ni sangat berusaha bersungguh2 untuk memastikan api itu sentiasa menyala.. dia tiup2 bara tu sedekat 1 cm je ngan api tu.. ni orang muda(aku le), da letih nak layan api tu, so aku pun dok tepi jele.. walaupun nasi group kasi jelantah.. dan mmg tak masak pun, tapi aku boleh cakap dia menang atas kesabarannya.. mmg mantap!

itu kisah sabtu.. ahad plak, kasutnya rosak, so dia pakai selipar jepun je lalu flying foz, repailing dan laluan berhalangan.. perghhhh gile selamba.. mmg impress la.. malu je as org muda(aku le) ni.. persediaan zahir je lebih, bila sekali suh apply, terus bebel "takmau turun!!!takmau turun!!".. hehehe jeritan sorang budak masa repailing.. hehehe

hmmm... semoga kita berjaya melepasi saat2 itu seperti mereka... dan tak berhenti di tengah jalan.. ameen..

next in line: mukhayam mana lagi pasni???

Sunday, July 12, 2009

kita yang berbeza...

"nak tanya sikit???camni ke cara antunna present? mestikah dengan lagu2??" tanya seorang ikhwah lantaran maybe 'terkejut' dengan cara presenter yg merupakan akhawat.

"beginilah cara kami, untuk menyentuh hati adik2, sebab memang betul siswi mudah tersentuh bila dibuat begini", hujahnya menyakini methodnya dalam membawa pendahuluan bagi seerah Muhammad saw. pastu tiba plak giliran depa...

"haaaaaaaaa, mari kita lihat, inilah peta Makkah, kita boleh lihat di manakah berlakunya kawasan perang Tabuk, ni .. kat sini.. ni nak bitau, tips untuk bentang pada ikhwah: kena banyak gambar supaya senang nak nampak, kan fitrah lelaki suka imagine".. kata Qayyim.

hehe, tergelak ana.. masing2 dengan caranya.sape betul???sape salah??? sebenarnya takde yg betul takde yang salah.. sebab pe? bukankah masing2 menerima dari kaedah yang berbeza, as long as tercapai maksudnya, then teruskan.. tapi apa yg kita boleh belajar ialah 'try untuk saling melengkapi, usah terlalu pk perbezaan kita, yang penting, ayuh, kita melangkah maju!'

apa yang penting?????
dulu jawapan dia gini :
kerjasama!!!!, apa yang sama?? fikrah kita??
tapi laa ni.. apa yang penting????
kesedaran dan taubat!!! hehehehehehhehehe

glosari: akhawat-saudara perempuan, ikhwah-saudara lelaki, fitrah- semulajadi/hakikat, antunna-kamu semua(perempuan)

Friday, July 3, 2009

rasa hati :)

"kalaulah saya tahu lebih awal tentang semua ini, saya percaya saya boleh jadi yang lebih baik. ia bukan lah hanya satu agama..tapi ianya lebih dari itu..it's a way of life"

"bukan la saya tidak bersolat dahulu, mahupun membaca AQ dahulu.. tapi dulu kita lebih kepada mengikut apa yang nenek moyang kita buat.. tanpa kita benar2 tahu apa yang kita buat, tanpa kita fahami erti ayat yang kita baca..saya berasa sangat rugi.. kalaulah saya tahu lebih awal, mesti saya boleh jadi better"

aku dapat rasa yang ayat ini ikhlas keluar dari lubuk hatinya..tak perasan aku tersenyum sepanjang ucapannya, mungkin kerana aku menghayati tiap patah kisah : saat2 dia mendapat hidayah..apa yang telah mengusik hatinya sehingga dia merasa sangat gembira dengan kehidupannya yang dianggap lebih bermakna.. sebab ape?? sebab aku juga pernah melalui saat2 itu..

saat merasakan ruginye diri ini bila tak mengenali atau memahami tentang Islam. sama seperti dia, aku buat kerana org lain buat.. hanya mengikut angin, jika perlu ke kanan , aku akan ke kanan dan begitu juga sebaliknya.. tapi di saat aku mendapat sinar cahaya, aku mula merasai kemanisannya.. masa tu mmg menyesal..sama seperti dia, kalau aku fahami lebih awal lagi, pasti i'll be a better person. namun, masa itu sudah berlalu, apa yang berlaku telah pun berlaku, dan sesungguhnya perancangan Dia adalah terbaik..dan beruntunglah aku dan dia, kerana kami masih diberi peluang dan ruang untuk merasai kemanisan itu.. kerana tak semua yang terbangun bila dikejutkan...

aku juga jahil sepertinya, dia akui itu..namun itu bukanlah alasan untuk kita berlari jauh dariNYA.. kerana DIA itu Maha Penyayang, selangkah kita berjalan kepada Dia, Dia akan berlari kepada kita..

hati ini di saat bahgia atau luka pasti akan tersembuh bila kita serah padaNYA.. namun bila kita memilih untuk serah pada manusia, ia sentiasa terdedah dengan duka dan lara..

semoga rasa ini kan memacu untuk kita melangkah berlari kepada Dia..

Wednesday, July 1, 2009

rama & kepompong..

aku ibaratkan diriku sebagai seekor rama2 yang sedang keluar dari kepompongnya...
nyata transaksi kehidupan ini merupakan satu kesukaran, jika tersalah langkah, pasti sayapku akan patah..
namun aku tidak bisa untuk terus mengalah sebelum mencuba...
justeru ingin ku cuba dan terus cuba..
adakala, sayap kiriku luka..
adakala, sayap kananku tersangkut..
lantas aku ingin sekali kembali kepada kepompong yang aku sudah biasa dengannya..
aku membayangkan saat2 indah duduk selesa di dalam kepompongku..
aku merindui saat itu...
saat aku membesar dan biasa dengan persekitarannya..
namun, barangkali saatnya sudah tiba..
lantas, aku berjaya keluar..

ah, dunia baru terlalu asing untukku..
aku tak biasa dengan persekitarannya...
terlalu banyak benda yang aku tak sangka..
macam-macam ada..
lantas diriku berkata,
diluar ini kehidupanku lebih terdedah kepada pelbagai karenah..
barangkali ia negatif dan
tak mustahil ia positif...
adakala aku merasa indahnya dunia luar..
adakala aku masih tetap merindui kepompongku..

namun, apakan dayaku..
selagi masanya belum tiba untukku pulang..
selagi itu la hayatku di dunia penuh cabaran ini..
sekalipun ianya jauh berbeza.. amat berbeza sekali..
namun, aku tetap memilih untuk terus melebarkan sayapku..
mungkin terbangan ku perlahan..
atau mungkin ku terbang laju..
dan itu semua bergantung kepada pilihan hatiku..
yang mana yang kamu mahu, wahai hatiku??

doakan daku dlm tiap doamu sahabatku..