Tuesday, June 30, 2009

nikmat bersin

hehe...

haaa haaa haaachummmm!!!!
alhamdulillah..

perghh lega btol kalau dpt bersin..lega betul hidungku.. hehe, maklumlah aritu galak benor makan tepung ada insect dan tembikai yang dah tamat tempoh (time sukaneka), barangkali ia adalah asbab kepada kebatukan dan keselsemaan yang aku hadapi skang.. hehe alhamdulillah, dah lama gak tak sakit ni, bagus juga diuji,membuatkan diriku akan lebih menghargai saat2 sihat...supaya waktu sihat dimanfaatkan sebaik mungkin sblum tiba saat sakit..

nikmat = satu benda yang besttttt gile bila dpat.. hehe, antaranya dapat bersin, nikmat kan.. dan aritu ada sape ntah ckp, saat kita bersin pasti mata tertutup (pernah ke kome bersin mata terbuka??) sebab pe?? sebab dikatakan mata akan terkeluar time bersin kalau tak ditutupi oleh kelopak mata..(taktau mana dpt fakta ni)..hmm something to ponder.. betapalah Dia ni Maha Pencipta, Maha Mengetahui, Maha Menyayangi.. dll.. banyaaak lagi laa..

hmm, dan adakah kita akan terus bersyukur atau masih ego dan ikut kepala sendiri???

meh tepuk dada tanya iman...

p/s: masa berhoneymoon dah tamat.. huhuhu

Monday, June 29, 2009

mencari hidup yang baru...(end)

"kiki, camne latihan sekarang??boleh ikut tak??" tanya kelly, anak ketua kampung lipat empat.

"alhamdulillah, ok. tapi nak kena belajar banyak lagi ni.. hehe masih baru, tapi so far kiki gembira kerana di sini semuanya saling menampung antara satu sama lain. kiki rasa lebih bertenaga..LUAR BIASA HEBAT!!" kata kiki dengan nada yang semangat!

"hehe, baguslah. teruskan kiki,untuk berada di jalan ni, tak semua benar2 sanggup. bukankah menjadi fitrahnya jalan ni memang penuh dengan onak dan duri, ia pasti bukan dihampari permaidani, kiki. jadi kita kena tabah..dan yakinlah segala yang kita buat, bukanlah untuk sekarang..tapi inilah jual beli yang kita buat untuk di masa akan datang, dan semoga amal2 kita diterimaNya. dan sekarang kiki telah berada semula di dalam kelompok kambing, yang mana jauh lebih selamat dari berkeseorangan.. kalau kita seorang pasti kita terlalu lemah untuk menghadapi dugaan, betul tak??"

"betul, kelly, kiki akui, bila seorang, kuar dari kumpulan, macam2 dugaan datang, dan kadang2kiki terkedu kerana tak sangka ujian itu bukan sahaja dari musuh yang nyata.. tapi even teman sendiri boleh jadi satu ujian buat kita"..kiki meluahkan perasaannya

"ya, kiki,itulah namanya lumrah kehidupan.. tapi bukankah ia membuatkan hidup kita menjadi lebih indah?? banyak pengalaman, walau pahit atau manis... tapi ia membuat kan kiki boelh keluarkan pelabagi reaksi dan respon, yang dicipta untuk kita. betul tak??"

"hahahaha.. aah betul3x..ada gaya upin ipin tak" gelak tawa mereka memecah keheningan pagi.

**************************
****************************************

transaksi dalam kehidupan... dari satu kumpulan ke kumpulan yang sama tapi di satu kawasan yang lain..dalam usaha mencari hidup yang baru.. di kumpulan lama, mungkin kita lebih selesa..kerana sudah terlalu biasa lantaran membesar di sana.. namun, kita disuratkan untuk berhijrah ke kawasan baru, yang kita sendiri tak tau bagaimanakah keadaannya.. tapi kita pasti mereka juga sama seperti kita..membawa panji yang sama.. dan kita meneruskan langkah.. ke kumpulan yang baru..

dalam langkah menuju transaksi itu,adakala kita terjatuh, tesungkur malah pernah juga tersembam.. kerana apa?? kerana kita tidak biasa untuk berada sejauh ini.. atau barangkali kita dihadapkan dengan pelbagai benda yang kita tak sangka.. ujian datang bertimpa2.. menguji diri untuk melihat sejauh mana kecekalan kita untuk melangkah.. dan adakah kita mampu untuk teruskan langkah?? langkah menjadi perlahan..perlahan dan perlahan.. namun, dalam hati iman berontak untuk melangkah..namun, jasad sudah mulai kata tidak.. hati kita merajuk diduga benda yang tak disangka2.. teman kita mematahkan bicara... sengsara dan derita dalam transaksi ini.. namun, ia satu langkah yang tak bisa ditarik kembali.. hanya ada dua solutionnya:

(i) teruskan melangkah
(ii) kalah, dan berhenti sahaja di sini!

"tidak!!tidak!! aku tak mahu kalah!!aku tak mahu! "

lalu, teruskan langkahmu..gagahkan dirimu.. dan peganglah apa yang kau yakin sehingga kau mampu capai ia.. ingatilah bahawa sahabat2 mu sentiasa mendoakan mu.. walau jauh di matamu, namun dekat sekali di hatimu.. ibu dan ayahmu yang mendidikmu, sentiasa doakan agar dirimu berjaya menghadapi segala dugaan itu..

teruskan.... mencari hidup yang baru...

ditulis di FB pada 26 Jun 2009.

mencari hidup yang baru...(part 4)

kiki mengesot perlahan.. sambil adakalanya memandang ke belakang..dan terus memandang kedepan.. jarak kampung lipat empat tinggal 10km ..namun, dirinya amat letih sekali..pelbagai dugaan melanda..dari satu ke satu.. sambil mengesot, kiki mengimbas kenangan pahit dan manisnya sepanjang perjalanan menuju hijrahnya..

**************************
**********************************************
"bang, tengok kambing ni, pucatnya muka dia..kita kena bantu dia ni" kata keke pada suaminya kerbau
*************************************************************************

saat kiki terbaring keletihan setelah bergelut bersama ali dan abu, kiki diselamatkan oleh keke dan suaminya, pasangan kerbau di kampung pindang enam itu. kiki dijaga sehingga pulih, bengkaknya semakin surut, namun parut di lehernya anggara tali masih meninggalkan kesan walaupun rasa sakitnya sudah tiada.di saat itu, kiki menyedari, keperluan untuk dia sentiasa expect the unexpected!yela, kadang2 dia merasakan hanya serigala dan keluarganya adalah satu2nya musuhnya yang nyata..tapi sebenarnya kadang2 musuh itu sentiasa datang dalam pelabagi bentuk dan dari arah yag tak disangka2.. justeru dia harus sentiasa berhati2, dan berwaspada...walau bagaimanapun, sentakan itu tidak bisa membuatkan kiki terus mengalah, malah kiki bangkit dengan lebih gagah kerana dia pasti tiap satu yang terjadi adalah satu pengajaran hidup buatnya, agar dia lebih yakin dalam meneruskan perjalan hidupnya.

kiki melihat semula kaki kanan nya yang patah.. sambil mengetap bibir menahan sakit..

"arghhh kalau semua dugaan aku berjaya atasi dan harungi, takkan ini, hanya kaki yang patah, bisa mematahkan semangatku??" monolog kiki bersendirian

"aku mesti teruskan!!tiada apa yang bisa menghalangku selagi mana Penciptaku mengizinkan aku untuk sampai ke sana!dan aku takkan hampakan ibu dan ayah dan juga sahbat2ku yang lain. dan yang paling penting, aku mesti tabah dalam mencapai hasratku untuk mencari hidup yang baru.. walau apa pun yang terjadi"..kali ini airmatanya mengalir deras.. bukan sebagai tanda kekalahan, namun ia adalah bukti kepada satu tekad dalam hati kiki.. bukankah kita yang bisa mengawal dir?? kalau pemikiran kita beri arahan pada jasad, jiwa, roh dan akal untuk meneruskan langkah, pasti mereka akan mengikutinya..

***********************************************************************
"itulah kiki, kan aku dah cakap, sia2 je usaha kau ni!ko ingat kampung lipat empat tu dekat 10,30 langkah je kee??? jauh kau tau..skang ko tengok diri ko tu, dah lah kaki kiri tu bengkak semacam je!leher plak berbirat2.. ni aku tengok mata ko lain macam jee?? eh kiki, ko ditumbuk ke??" perli biki, teman lama kiki di kampungnya,entah camne biki sedang bercuti bersama keluarganya. terserempak plak dengan kiki.. keci juga hati kiki, maklumlah temannya provok dia.. die mengharapkan biki akan menyokongnya, namun ia terjadi sebaliknya..

"nape ko diam je kiki??aku rasa kau tak payahlah pikir jauhh sangat, balik jela!ko boleh ikut aku dan keluarga aku..mau?"

sambil mengukir senyum dalam kepahitan.."takpelah, biarkan aku teruskan perjalanan ini"

**************************************************************************
dugaan datang bukan semata dari musuh yang nyata, tapi adakalanya datang dari teman2 sendiri.. namun, kiki sedar, itu semua salah dirinya sendiri. as seorang teman, dia tak patut mengharap itu dan ini dari sahabatnya..sebab kalau mengharap, bila tak dpaat kiki pasti kecewa. maka ada baiknya jika kiki yang hanya memberi,tidak apa la jika tiada pulangan.. tapi pasti hidupnya lebih bermakna jika kiki menjadi begitu..

hari demi hari berlalu kiki tau setiap hari adalah pengajaran buatnya.. semakin susah kehidupannya semakin banyak dipelajarinya.. walaupun ada manis dan pahitnya, tapi kiki yakin itulah yang bakal mematangkan dirinya..

**************************************************************************
"aduh!" kiki mengeluh kesakitan, tersembam bila terlanggar kayu.. kaki kanannya bertambah sakit..tapi kiki puas.. akhirnya dia bertemu musuh nyatanya.. gala dan seri. kiki memandang ke belakang lagi, barangkali mereka datang semula.. tapi tiada. kiki pasti mereka telah menemui ajalnya di dalam gaung tadi.. habes terobek bahu kiri kiki digigit seri lantaran marah apabila gala ditolak jatuh ke gaung. dan akhirnya dia pun mengalami nasib yang sama..

dan kini kiki semakin hampir dengan arah tujunya.. KAMPUNG LIPAT EMPAT - 8KM..kiki merenung papan tanda itu.. arghh 8km lagi je... pasti boleh!!darah dari bahu kiri kiki mengalir deras..esotan kiki semakin perlahan.. matanya semakin kuyu..semakin tutup sebelum kiki melihat ada tangan yang dihulurkan padanya..kiki menyambut dengan ucapan syukur...

ditulis di FB pada 26 Jun 2009.

mencari hidup yang baru...(part 3)

kedekuk...kedekuk..kedekuk
k...kedekuk..

berhenti seketika....

kedekuk...kedekuk..kedekuk..

berhenti lagi....

"fuh..kuar plak peluh jantan aku ni hah..." kata kiki sambil mendengus2 nafasnya berlari sekejap dan berhenti..masih terngiang2 di telinga kiki.. mesti berhati2 dengan penuh strategi...kiki sedar langkahnya sering diperhatikan...namun, dia tekad, apa jua yang terjadi..langkah pasti diteruskan!

"hmmm.. lapar plak, kena cari port nak makan dulu ni..." kata kiki sambil memegang perutnya yang berkeroncong seraya melihat peta.. kalau mengikut petanya dia baru melepasi satu kampung, walhal untuk sampai ke kampung lipat empat tu ada lima kampung.. hmm maknanya, ada empat lagi kampung kena di hadapi..dan ini akan dimulakan esok. skang waktu rehat.. monolog kiki sendirian..sambil menyantap rumput asli yang dibekalkan ibunya....

krokk..krokkk..krokkk..

"tangkap ni!tangkap!mewah kita man!mewah!!!" kata abu seraya bergelak besar...

"ko pegang betul2 ni abu!jangan gelak je...aku dah lama tak makan kambing golek..wah sedap ni..sedap..."

kiki tak sedar.. lenanya di bawah pokok mangga telah mengundang bahaya padanya.. abu dan ali, penduduk kampung pindang enam yang disinggahnya malam tadi telah menyedari kehadirannya.. dan kini cuba menangkap kiki.. arghhh terbayang wajah ibu dan ayah... aku mesti lawan!!mesti!!

"weh, degil betul kambing ni.. ko ikat ketat sikit tali tu ali.. macam dah nak terlepas je ni.. harap badan je keci kambing ni, tapi ganas macam kerbau!"

"adoiiiiii!!!!!!!! tak guna!punya kambing!!nah!ambil kau!" jerit abu yang di tanduk kiki...kerana geram dia telah baling batu bertubi2 pada kiki... adakala balingannya tersasar, namun ada juga yang tepat pada sasaran..kiki terus melangkah laju.. walaupun pada lehernya ada kesan darah.. pedih taktala peluh menitis.. bila keadaan semakin selamat..kiki mencari satu ruang untuk berehat, dia perlu mengubati luka2nya..kaki kirinya semakin bengkak, kerana batu kerikil tepat kena pada kakinya... bergenang air mata kiki... menahan kesakitan .. namun, dia mengetap bibirnya.. dan bersabar atas apa yang berlaku.. ini lah risiko yang perlu ditanggungnya..namun, atas kerana kiki jelas dengan matlamatnya.. maka dia takkan mudah mengalah..sangkaan nya jauh meleset.. bukan keluarga serigala sahaja yang mengancam nyawanya..malah banyak lagi faktor2 lain, yang bisa membuat dirinya mungkin mengalah dalam mencapai matlamat hidupnya... terkedu kiki, namun, bila direfresh semula..kiki kembali semangat!tiada apa yang dapat menghalangnya!dan esok perjalanan akan diteruskan!!!!

kiki melangkah longlai.. perlahan, namun terus melangkah,walaupun ada kala berhenti..tapi dia tak mau mengalah sebelum berjuang.. kaki kirinya semkin bengkak.. namun kiki dah sapu ubat panas.. harap2 keadaan semakin pulih... hari itu sangat terik.. kawasan yang kiki lalui amat lapang..namun, disebabkan terlalu lapang, matahari memancar terik ke kepalanya.. haus sungguh kiki..bekal airnya semakin sikit.. makanannya juga habis terburai saat abu dan ali menangkapnya.. kiki sunggguhhh haus..dah dua hari tak minum air.... langkahnya diberhentikan... dan akhirnya kiki terbaring..

"kiki, kiki kena kuat.. kiki kena sedar, once kita melangkah kuar.. ada macam2 dugaan akan menimpa kita.. tak kisahlah dari arah mana pun..tapi kiki mesti ingat, kena kekal tabah di jalan yang kita dah pilih ni!" terbayang kata2 bim,kawan rapat kiki yang dianggapnya ibarat seorang sahabat karib..kiki ibarat sedang memimpikan semula segala ucapan dan dorongan keluarga dan sahabbtnya.. akhirnya kiki tersenyum...sambil matanya tutup perlahan-lahan....

ditulis di FB pada 25 Jun 2009.

hidup kan untuk saling melengkapi

let us set our mind like this :) hidup kita biar lah untuk saling melengkapi... baru lah hati lebih lapang dan bahgia...

tak semua org pk gaya kita pk...

dan tak semua org act sepertimana kita act..

isu A mungkin dianggap temeh bagi linda.. tapi mungkin dianggap berat dan membebankan bagi nori.. maka linda tokle lah harap nori pk caranya berpk, begitu juga nori pun tokle lah mengharapkan linda memahami 100% situasinya ..yela, kan tiap insan menilai sesuatu isu dengan kadar yang berbeza..

so cana nak buat ni kalau dua2 pun harap masing2 memahami situasi mereka.. nah, justeru saat ini lah empati diperlukan.. kita merasa apa yang pihak lagi satu merasa dan cuba rasionalkan sebaik mungkin.. pasti nori tokle menyakinkan linda bahawa isu A itu berat (yela,dah linda kata benda tu remeh, remehlah!).. tapi apa yang linda boleh buat ialah menasihati nori agar berfikir dari sudut yang berbeza.. dengan penuh hikmah.. tak best la kalau linda cakap dengan nada memaksa nori menerima kenyataan bahawa isu itu remeh kan.. tapi maybe linda boleh menggoreng2 sehingga mampu menggoda cara pemikiran linda.. dan linda pun janganlah menetapkan hatinya sangat pada persepsi bahawa isu A itu berat, bukalah hatimu untuk menerima padangan orang lain juga...

nah... bukankah ini membuat kita lebih hidup bahgia???? maka hidup kita kan untuk saling melengkapi.. takde yang perfect dalam dunia ni melainkan Dia yang Maha Esa.. maka, bagi kita yang pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangan... ayuhlah kita lengkapi sahabat kita supaya dunia kita lebih harmoni dan ceria..........

hehehehehehe...

ditulis di facebook pada 24 jun 2009.

nak buat announcement :)

aku harapla.. aku harap dan aku nak seeeeemuaaaaa ni bukanlah kerana semangat semata2.. tapi ia adalah kerana kesedaran yang aku dapat taktala pemergian aku ke mukhayam last week.. hmmm macam2 yang dirasa... dan aku memilih untuk kekal thabat di jalan ini walaupun pada fitrahnya memang di janjikan onak duri yang bakal menghiasinya.. tapi inilah langkah2 menuju kegembiraan yang hakiki, pada kehidupan infiniti..ku panjatkan doa agar diri ni sentiasa diberi kekuatan untuk terus melangkah walau pe pun yang melanda dan kumohon doa dari semua, agar segala urusanku dipermudahkanNYA. hehe intro.. paham ke? tak paham takpe.maafle, memang suka berkias. tapi yang pentingnya apa yang nak di announce kan di bawah ni ye...:)

dengan ini saya Aifa Syireen bt Arifin, mengishtiharkan bahawa dalam dua minggu lagi adalah tarikh HARI LAHIR saya yang ke 25 tahun.. hahahahahhaa.. teringat masa sekolah2 dulu, suka bebenor announce kat org, at least 2 weeks before the date, supaya hari berkenaan dilalui dengan happynya bila jalan ke mana pun ada org wish:) gile glamour!! hehehe

dengan itu, pada sesiapa yang berfikir2 untuk membeli hadiah untuk saya..maka saya ada cadangan untuk anda... hahahahaha.. bagus pe bg cadangan, kita patut beri barang yang si penerima itu akan menggunakannya.. betul tak? dan lagi bagus sekiranya barang yg kita bg tu bakal menjadi amal jariah...dapat two in one la, satu untuk menggembirakan sahabat kita, satu lagi untuk saham akhirat lah beb!

oleh yang demikian... kepada korang, boleh la belikan saya buku2 cerita.. skang ni sangat mengdahagakan buku2 cerita.. buku2 cerita yang bisa membangkitkan rasa cintaku padaNya.. buku2 cerita yang bisa membuatkan diriku lebih bahgia dalam melayari kehidupan..buku2 cerita yang bisa menambahkan keyakinan ku dalam mengukuhkan ku di jalan yang kupilih ni.. buku2 cerita yang bisa menjadikan ku lebih matang dan serius.. inshaAllah, buku2 ni akan dibaca berulang kali supaya korang pun boleh dapat pahala yang berpanjangan... hehehe

antara2 buku2 yang boleh dibeli ialah (sebab takut terbeli yang sama plak ek): buku tulisan ustaz hasriza sebabl satu takde pun lagi, sedap betul baca ayat2 dia(kalau dalam majalah ANIS tu).. hehehe..buku hajah rohani tentang "kemanakah perginya wang anda?" pun ok gak, kalau buku politik.. emmmm nak bagi boleh juga.. tapi liat sikit nak baca.. tapi takpe kalau nak bagi pun takde hal punya...hmm sape nak bagi tafsir fizilail satu set?????!!! mutiara perkahwinan pun ok gak kalau nak belikan(penjual buku kat Kedai Badan cakap ni buku terbaik yang patut dibaca kalau nak kawin, kome bacala)..hadis riwayat muslim&bukhari, ada tak sape nak bagi???...

huwaaa... macam2 takde lagi ni.. huhuhuuhuu.best nyee kalau boleh buat library kat umah... eh tapi takdela nak paksa kome beli, just in case kalau tetiba teringin nak belikan hadiah dan takde plak idea nak beli hadiah apa untuk apa2 hari istimewa saya, maka bolehlah dipikirkan idea2 di atas... tapi ingat, jangan lupa tulis ucapan dalam buku tu...dan tandatangan berserta tarikh sekali ye..

p/s: happpppyy sgt dapat beli buku yang dicari2... hehe, cik piah @ mama tolong carikan di KL plak .. hehe, hmm tak sabar nak balut dan baca!end of this week kita bedah bersama2 ek...
tapiiii satu lagi tak tau nak cari mana.mama kata takde tadi. sape tau tempat mana ada jual???

akhawat, jom berubah!!!

ditulis di FB pada 24 Jun 2009.

mencari hidup yang baru...(part 2)

"ibu ni....kiki bukan nak tinggalkan ibula.. kiki cuma fikir untuk mencari hidup yang baru, kiki takkan lupakan ayah dan ibu. kiki cuma rasa geng kambing di kampung lipat empat tu ada kehidupan yang berbeza dari kita, tapi ini tak bermakna kiki nak meninggalkan ibu terus ".. ucap kiki dgn nada menyakinkan..

"ibu bukan nak halang kiki, sayang.. tapi ibu nak cuba ingatkan betapa bahayanya jika kiki cuba kuar dari kelompok kita.. perjalanan ke kampung lipat empat tu bukan nya dekat sayang.. jaaauhhhh.. kalau on the way kiki di baham serigala cane????adakah kiki nak ibu dan ayah melihat anak kesayangan kami dibaham serigala???seperti mana yang berlaku pada abin, amb dan ing..???" kata ibu kiki dengan penuh kelembutan, merasionalkan asbab halangan kepada tindakan anaknya..

"ye kiki tahu risiko yg kiki akan hadapi nnti ibu..dalam perjalanan, pasti serigala dan keluarganya akan merancang strategi untuk menjatuhkan kiki.menggagalkan misi kiki.. kiki tau, dan kiki sedar ibu..tp ibu pemergian kiki bukan suka2 bu..kiki ada aim kiki sendiri... yg kiki tau kawasan kampung lipat empat mmg terserlah dlm kepakaran mereka melahirkan kambing2 yg berkualiti, mereka ada series of training bu..dan kiki teringin sangat untuk berada dlm training tu.. barang kali akan menjadikan kiki seekor kambing yg lebih baik dari sebelumnya..kiki janji bu, kiki akan sedaya upaya menjaga diri sepanjang perjalanan dan cuba memastikan agar kiki berjaya sampai di kampung tu..dan akhirnya kembali di sisi ibu dan ayah"... terang panjang kiki,mengukuhkan sebab pemergiannya ...

diam je ibu dan ayah kiki.. diam bukan bermakna 100% setuju, tapi memikirkan output yang lebih berharga di atas risiko yg diambil ini, maka mereka berdua sudi merelakannya.. dan hari yang ditunggu2 pun tiba...mereka berasa berat sungguh hendak melepaskan kiki, ibarat melepaskan kepada satu ancaman yang pasti akan ditempuhi kiki.. pelbagai nasihat dan peringatan di berikan pada kiki oleh ibu dan ayahnya dan sudah pasti dari sahabat2nya juga..

"mesti ingat kiki, kena kekal terus dptkan apa yg kiki mahukan, jangan biarkan diri jatuh tersungkur bila badai melanda"..

"kiki mesti jadi gagah tau!!mesti lawan serigala dgn penuh taktik!"

"kami semua akan menyokong kiki dari jauh, walaupun kami tiada di sisi kiki, tapi ketahuilah , dalam hati kiki selalu ada!"

langkah pertama dimulakan,dgn satu harpn : agar hijrah ke kampung lipat empat bakal membuahkan hasil yang lebih baik. dan yang paling penting juga berjaya melepasi segala halangan dan cabaran sepanjang laluan ke kampung ini..


"bye!!!kiki!!!"

"all the best"... setitis air mata mengalir di mata kiki, namun, kaki tetap melangkah gagah!


di suatu sudut yang lain...
"gala!!gala!!! tengok tu !!tengok tu!! eiii beraninya dia kuar dari family dia gala, ni macam nak goda kita jee... hmmm alamatnya kenduri la malam ni gala oiiii" seri mengusap2 perutnya yang belum boroi, maklumlah masih muda kan..

"mana?? ohhh... heh, bagus seri, gala suka akan perubahn seri, mata makin cekap!good job!excellent! keep it up! bersedia..kita akan jalankan strategi kita.." kata gala sambil mengannguk2..

ditulis di FB pada 4 jun 2009.

di saat tiada untukmu, aku ada disisimu!

Rabu bersilih ganti.. tup tup tibalah ke rabu yang semalam.. hehe..
tepat 8.50 pm, aku kuar dari rumah.. pi 'jalan2' dulu!! hmm sesat sampai ke nilai (salah andaian, dad ingat aku nk p USIM, so dia terslah bg peta).. alhamdulillah, ada 'peta berguna' lagi satu maka berjaya juga tiba di KUIS walaupun lewat dalam 20 minit (berpusing cari jalan masuk ke masjid~maka akhirnya terpaksa gak masuk ke tempat NO ENTRY!)

cara kak saiba mmg best! tak tau la .. tapi hati aku berbunga2 dgn caranya.. asek dokk sengih dan memandang tepat ke wajah nya tanpa mengedipkan mata (ehh mana bleh, mata mmg berkedip laa).. masa tu ada 7 org..termasuk aku n kak saiba. kak sara ngan group lain, kat hujung tepi sikit..

"apa pentingnya kita taaruf??"satu pertanyaan mudah yang simple, tapi aku jrg sekali tanya..tapi soalan ni telah membuat aku berfikir..hhmmm.. aah kan?apa pentingnya??

"berkenalan.."

"mengenali satu sama lain"..

dan lain2 jawapan.. dan of course la , taaruf ni berpanjangan kan, kita takkan kenal org dlm masa sehari.. so mestilah melalui proses2 tertentu kan,, paling tidak kita makan, tidor dan bermusafir bersama..even orang yg dah tinggal sebumbung pun belum tentu mengenali isi budi housematenya..

"rukun usrah yang kedua ape??" kak saiba tanya lagi dgn reaksi mata, kening .. ekspresi yg amat membangkitkan perhatian aku..

"tafahum!".. ramai2 menjawab...

"emm betul, tafahum, saling memahami..kita cuba memahami apa yang adik beradik usrah kita rasa, kita tak pentingkan diri... kita sentiasa akan cuba memahami sekiranya mereka ada masalah dan lain2, ok ape rukun yang ketiga plak??"

"takaful, kak. kita saling bantu membantu sekiranya adik beradik usrah kita dalam kesusahan"

"betul!dalam usrah, kita ibarat satu keluarga yang ada 'mak', ada 'ayah', ada adik beradik yang sepatutnya kita saling mengenali, memahami dan membantu sepanjang masa. tidak mengapa kalau kita jauh dari family tapi di sini,kita ada family yang sama2 akan jaga kita, jaga untuk apa? jaga supaya kita sama2 memimpin tangan mencapai redhaNYA. jadi kita kena saling memahami, kalau ada salah kita tegur cara berhikmah, dan yang ditegur perlulah ucap 'terima kasih', berlapang dada kerana adik kita yang lain ni cuba bantu kita daripada terlena jauh.selain dari tu, kita kena bantu di kala adik beradik kita berasa dalam kesusahan, dalam apa jua keadaan sehingga ke tahap "di saat orang lain tiada untukmu, aku ada disisimu!".......

pehhhhhh makin berbunga jiwa aku!betul2..betul2!!..ni yg menambahkan keyakinan aku ni.. hehehe..sedap betul ayat dia.(lebih2 terkena di saat aku di terkapai2 mencari diri".)..tapi inilah 'kuasa' ikatan ukhuwah yang berlandaskan aqidah.. semuanya kerana Dia, kasih dan sayang yg tak mudah pudar walau di badai bencana...hmm dan sesi diteruskan dgn Tilawah dan tadabur AQ (bertambah sonok bila kak saiba mmg pakar bab tafsir ni).. dan seterusnya kami buat review prakata buku pertama yg aku baca masa mula2 dulu berjinak dgn usrah ni.. "Apa Ertinya saya menganut Islam".. lama gile tak refresh kan diri dgn buku ni..sometimes, kita suka take for granted, benda2 yg kita rasa simple.. tapi sebenarnya yg simple tu la yg bisa menjadikan diri kita berbeza.. aifa di jaman kanak2/jahiliah, aifa di jaman teknik/pendedahan, aifa di jaman matrik/penjinakan, aifa di jaman perkembangan..dan aifa di jaman pekerjaan/pembantutan..hmm
..

"ye aifa.. nak tambh pape?? asek senyum je ni, mana aci asek kak saiba je ckp, next week akk nak puasa la"..katanya dgn senyuman manis.. hmm sejuk nyee hati melihat muka orang beriman... hmm pasti lagi sejuk perut ibunya yang mengandungkannya..

"emmmm aifa nak jadi adik usrah la... sonok lah..hehe" ..segan seh.. rasa tak layak sungguh.. kalau nak dibandingkan...dgn dia yang sangat mantap.. hmmm takpe2..pepun, aku teringat kembali lagu favourite skang.. "aku ingin mendekatiMu, sehina mana pun aku..".. jadi takpela... teruskan juga!

huhu.on the way balik tu, memecut dengan sepenuh perasaan.sambil berpikir. rugi betul sebab dtg lambat, kan best kalau dengar dari awal.. satu pendekatan yg amat berbeza dari cara aku yang gila ni.. haha tapi sangat menggoda jiwaku untuk menerima .. pecut jugak sebab...

"tolong belikan burger ayam.. ngidamlah.. hehe".. dan i am going to be mak su.. ehh tak glamour.. aunty la.. hahaha..alhamdulillah dan smoga dipermudahkan... amin..

ditulis di FB pada 4 June 2009.

mencari hidup yang baru...

"uwekkkk uwekkkkk"... kedengaran sekeor kambing lahir memecah kesunyian pagi ..kambing amat bersih.. dan omel juga..hehehe.. ehh salah2..kambing kan patut mmmbekkk..mmbek.mmmbekk ..
kehadiran kambing ini telah dinanti lamanya oleh bapa dan ibunya lantaran mereka telah kehilangan tiga anak mereka sebelum ini sebab dimamah sang serigala.. terpampang wajah ceria mereka berdua..dan mata si ibu memandang wajah suaminya dgn satu pengharapan agar anak kambing ini dijaga dan tak mengikut jejak nasib kakak dan abangnya...

"bing, kita namakan anak kita ni kiki ya?" kata ibu kambing tersebut..

"baiklah..apa saja untukmu kammy. bing janji akan berusaha menjaga kiki sebaik mungkin, supaya dia takkan menjejaki langkah bin, amb dan ing".. kata si bapa dengan penuh keyakinan.

hari demi hari berlalu, anak pokok sudah menjadi pohon yang rendang.. maka anak kambing pula semakin membesar dgn jayanya..Kiki membesar dalam kumpulan kambing yang besaaaarr sekali.... dikelilingi org sedara mara yang ramai. malah disebabkan kiki punya kawan yang ramai, dia merasa sangat bahgia di samping kawan2nya yang juga merupakan sahabatnya... sentiasa mengingatkan kiki ini untuk sentiasa berada di dlam kumpulan besar.. sebab kat area tempat mereka tinggal ada sekumpulan serigala yang banyak, garang, bengis..grrrrrr....grrrr..
dan senantiasa menanti kambing2 yang bakal menjadi mangsa lahapan mereka.....

di suatu sudul yang lain, di belakang pohon yang rendang..."woi gala, ko buat pe blakang pokok ni??? asek terjenguk jenguk terjenguk jenguk... ko wat pe ni???" tanya serigala keci ni kepada abang sulungnya yang dah besar panjang.. jarak mereka sangat jauh ..dalam 11 tahun...walau bagaimana pun,gala ni amat sayangkan adik kecinya seri..jadi gala selalu ajar seri cane untuk jadi serigala sejati.. mesti pandai hendap mangsa, mesti pantas dan lain2..

"seri, ko nampak tu.. kambing.. kalau lah dapat sekor kambing ni...itu adalah satu kejayaan seri.. ibarat ko masuk olimpik berlari, ko dapat no satu lah!!!mesti best!".. kata gala dengan penuh reaksi..

"ohhhhh yeke..best ke kalau dapat kambing ni gala??? seri tengok kambing yang tu macam keciiiii je, tak silap nama dia kiki ke apa ntah, terdengar masa seri jalan2 semalam..hmmm... so rupa2 nya inilah tujuan kita hidup ye gala.. untuk terjah kambing ek?" jawab seri sambil menggaru2 palenye yang tak gatal.

"seri..seri... bukan takat terjah.kita terkam!kita lapah!kita siat2 kulitnya dan kita makan dengan lahapnya! sedap tau seri..eh bukan ibu penah bg seri makan ke? tu la asek minum susu je!" kata gala sambil geleng2..

hehehehehe....sengih jela si seri tu... sambil memikir2 apa yang gala katakan...

ditulis pada 3rd June 2009 di FB

Aku mencintaiMU

hmmm...'Aku mencintaiMu' by EdCoustic..jzkkk pada lah+eira yang berusaha sedaya upaya meng'email' lagu best gile tahap cipan ni.. alhamdulillah dah hayati.. tapi belum hafal lagi.. hehehe..akhirnya berjaya juga melelehkan air mata yg dah mula membeku..

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa

entah mungkin karena ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
betapa tak ada apa-apanya aku di hadapanMu

aku ingin mencintaiMu setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku

aku ingin mendekatiMu selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu
denganMu... Ya Robbi


hmmm... mmg btol malu, macam2 nikmat Dia bagi kat aku... boleh cakap(tanpa mulut ni boikot untuk mengeluarkan patah kataku) , ada suara sedap (hehe), boleh jalan(tanpa kaki refuse untuk bergerak ke mana jua aku nak), boleh gerak jari jemari tanpa bunyi2 (robot kan banyak bunyi).. boleh drive laju2.. ada pelbagai perasaan (kejap boleh happy, kejap lagi boleh sedih, pastu boleh gelak tawa dan lain-lain).. namun, aku juga kerap kali lupa untuk bersyukur dan sebaliknya asek bersangka buruk padaNYa..astargfirullah...
'diriku selalu membuatMu kecewa'.. tapi Dia tak pernah berkira.. malah Dia beri lebih..lebih dari apa yang selayaknya aku terima... MAHA PENGASIH betul Dia.. huhuhu sob sob.

mungkin karena aku terlena, tapi Dia selalu beri kesempatan, beri ruang dan peluang untuk kembali pada Dia.. tapi kadang2 aku ignore je ruang dan peluang tu.. huhuhu.. tapi Dia still beri kesempatan.. sampai bila kah aku nak ignore??dan sampai bilakah aku nak merasai jiwa yang tak tenang ni???memang aku hampas lagi hampeh di hadapan Dia...

memang aku ingin mencintai Dia.. setiap waktu, setiap detik, setiap doa, setiap langkahku, setiap ucapanku kerana Dia lah yang paling layak menerima cintaku..but sometimes, aku tersasar..menaburkan cinta pada yang tak sepatutnya..cintakan masa lapang..cintakan kesenangan...justeru, sahabatku, ingatkan lah daku di saat aku mulai lupa dan tersasar dari cinta yang sebenar..

walau seteruk mana pun aku, sehina manapun aku, aku tetap ingin mendekatiMu.. kerana aku pasti Kau MAHA PENGAMPUN .. dan sentiasa mendengarkan rintihanku...dan selalu ada di sisiku, memerhati dan memberi tanpa henti...

Ya Allah, aku ingin mencintaiMu, justeru berilah aku kekuatan untuk hadapi dugaan hidup ini, tiada daya dan kekuatanku melainkan hanya dengan pertolonganMu, Ya Allah...janganlah Kau biarkan aku gugur di jalan ini, sesungguhnya, jika aku gugur, maka aku adalah orang yang paling rugi dalam dunia ini.. ampunkan aku, Ya Allah, atas segala kesalahanku....di mana jua aku tercampak, jadikanlah aku pokok yang akarnya tunjang, pohonnya rendang dan berbuah...sehina mana pun aku, lindungi aku dari perasaan untuk menjauhiMu...aku mencintaMu...

between me and Him...

written on 25 May 2009 kat FB lagi

M.A.S.A.K ape??

"hobi awak pe??"

"ermmm... hobi, saya suka memasak.. masak macam2 pastu bagi orang makan.. haha tapi kena terimala seadanya segala rasa, sebab saya tak suka merasa, suka main masuk je.. so sedap tak sedap kena makan gak bagi habes!"

"erk..kena habeskan gak ke?walau tak sedap ke.. huhu seramnye..."

"ah ah.. hahahha, mmg kesian la sapa yg jadi duk serumah dan jadi jiran.."

* * * *


Dari kecik memang disuruh mama buat keje dapur.. atau aku yang masa keci suka menyibuk?? entahlah.. biasala anak bongsu suka menyelit sikit.. asek nak berkepit je.. sampai ada satu saat tu aku bebel:
"mama ni asek2 suh aifa, asek2 suh aifa,.. org lain dok senang je tengok tv.."

haha.. tapi mama dok puji " ko buat keje cepat,pandai"..

haha.. ambil hati la tu..kembang kuncup hidung,dan akhirnya makin semangat plak potong bawang, tumbuk bawang.. hehe..

dari kecik gak suka buat eksperimen.. 'kacang goreng hangus' mmg takyah ckp la.. asal balik sekolah je, ada je nak testing.. lagi2 bila mama mula keje.. so, macam2 la boleh buat..

* * * *

tup..tup.. kejap je dah ada di U.. aku dok KP (U5) masa first year, berjiran ngan mai n bai.. dok sorang sebb roomate tak daftar.. heehe, walaupun KP tak bagi bw rice cooker.. tapi aku berjaya seludup memandangkan mungkin mak aku nak rangsang hobi aku yg suka main masak2...hehe bermula episod kengerian mai dan bai.. kena makan macam2 lagi2 bila aku nak habeskan stok makanan yg ada..hehe.. sebenarnya Lah pun jadi mangsa gak.. kena makan roti tuna+kaya..hehehe.sanggup aku jalan p U7 kat semata2 nak pastikan ada pemakan.. ingat lagi bila nak habeskan beras kot, masakle bubur... hehe bg semua kat mai n bai..oleh sebb depa tak sampai hati nak buang dan tak larat nak telan.. depa pun buang jauh2.. hahahah...

bila dah pindah U4 (apartment) lagi naik sheikh.. siap beli frigde, ehem..konon2 beli frigde ni nak simpan ikan/ayam supaya boleh makan protein je, takyah makan nasi..konon2 nak diet la.. last2 nugget la, fries juga yg disejuk beku.. haha... lagi2 bila dah ada dapur satu tu.. walaupun tokle bawa dapur .. tapi mai bawa gak, nak layan hobi aku yg kdg2 bila dtg musim 'gile masak', mulalah buat kenduri.. panggil org dtg makan.. hehe.. tapi satu menu yg tak pernah aku lupa ialah pengat pisang cengkih! hehehe.. sampai aku pun surrender takmau telan, gile kelat! mana taknya.. aku pernah nampak mama taruk cengkih nak kasi pedas.. hehe pastu aku pun taruk la.. taruk sengenggam.. haha,dah la masa tu masak malam before nak puasa, so esok tu pose, tak makan la siang tu (maknanya cengkih tu dah kembang la dlm pengat tu).. pas buka, ingat nak rasa...sekali, satu suap je.. terus dah tak larat telan.. hahahaha, rasa macam makan rokok pun ada..hehehehheehehheeh.. ingat lagi tak mai?mai jugala yg kena rasa.. haha

ceh, pas grad, dok pula umah sewa.. kat taman desa skudai..dapur dia best.. besar... panjang sampai ke belakang... lagi naik sheikh la aku.. fridge dah makin besar..ada dua (satu org bg, satu lagi yang aku punya)almari plak besar2.. hehe, justeru selalu la kunjungi giant/jj/econsave lagi2 bila kena jadi tukang masak time camping.. sekali p 2/3 troli.. hehehe.. sonok2.. lagi sonok bila kadang2 tu ada la buka gerai plak.. hehe walaupun jarang2 untung yg memberangsangkan.. tapi aku suka.. haha.. dapat plak geng2 yg suka tolong2 esp tolong basuh ayam..hehe sebb tak suka basuh ayam ~ boleh buat cepat pening.. masa tu ada gak terpk nak buka kedai.. hmmm ... sbb suka tgk org makan..

* * * * *

skang ni bila dah keje kat tnb.. hehe, dok kat kajang, dah tak sama da ngan dapur dulu.. huhu, dulu ada stor yang penuh ngan peralatan memasak.. ada periuk nasi untuk 5 kg punya beras.. ada 4 dapur yang ada dua tungku.. hehe.. ada byk bekas boleh taruk makanan.. skang ni dah kurangla eksperimen2 yang boleh dibuat.. dan kurang juga pemakan2 makanan, sebb kat umah pn tak ramai org.. kalau kat U, lain sikit ada 17 kolej untuk di attack.. hahahahaha.. so tak best sangat la nak masak...

skang ni asek perhati jela pakcik makcik tu bz masak, bz bungkus makanan, bz tukar bekas.. heehe... teringat madani stop (gerai kat tapak konvo).. sonoknyeee depa memasak.. huhu .. nak gerai jugak.. hmmmm............. takpela, papepun kena POSITIF!kena YAKIN, pasti ada hikmah di sebalik semua ni kan????

smoga tabah hati tak berbelah bagi ~he he he...

written on 24th May 2009 kat FB gak..

3 perkara yang anda tak tahu tentang saya.. haha

~walaupun saya dalam planning division, tapi saya berpeluang join masuk generation punya module.. hehe.. module generation mmg best..~sbb kelas selama mula lambat dan habes awal hehe.. dan paling best boleh kuar umah 7.53pg (untuk kelas 8 pg) dan 8.23 pg untuk kelas 8.30 pg..

selalu ada macam2 yg kami belajar waktu gen. module.. bukan sahaja yg melibatkan generator dll tapi ttg "kenali personality melalui tarikh lahir" pun ada.. selalu ada side 'story' yg best belaka...

baru2 ni ttg 'kenali sahabat anda'.. tajuk ni letak sendiri.. tapi lebih kurang gitula aktiviti nya..kita kena tulis 3 perkara yg org tak tahu ttg kita dalam se kertas.. then tulis nama di bawah. so nnti instructor baca n akan suh yg lain teka la.. hmmm berpk2 lama gak, apa nak tulis yg org tak tahu... so ni hasilnya..

1. senang untuk menangis... (tulis ni je dulu, tapi bila lecturer mula announce akan baca nnti baru tambah yg belakang ni..) ~emosi lah tu, bila tiba masanya tapi biasanya happy go lucky

2. suka duduk johor

3. SB (special branch) bagi family, sebb hubungan abg ngan wife dia pun tahu dari saya.. hehe..

ada org ckp, "panjang betul ayat2 aifa".. yela bebudak lain semua short and simple, ex:hati mulia, hati suci, hati jujur dll..

haaa.. ni la namanya beza antara lelaki dan perempuan, beb.. mmg fitrahnya lelaki lebih pk straight to the point dan simple.. tapi perempuan mmg suka explain lebih.. hehehe.. lagipun, takut nnti kelas salah faham.. well, setiap statement mesti ada sebbnya kan..

senang untuk menangis bukan bermakna lembik.. tapi akan lebih mudah untuk mengalirkan air mata bila tiba masanya..bila mengenang kisah silam.. bila terkenang 25 thn mengumpul dosa.. bila terkenang kekalahan diri dalam 'berperang'... huhhuhuhuhuhuhu..dan bila stress masa jem p keje.. hahahaha..~best betul kalau dpt menangis.. rasa satu kelegaan~alhamdulillah diciptakan air mata...

suka duduk johor.. nape ek?? ada sugar daddy kah?? hahaha.. hmmm... ke tempat dia happening?? "biasa anda lepak di mana??~skudai parade??CS??" hmmm... biasa p JJ je, Giant pun ada dan econsave.. p situ pun sebb nak beli barang dapur dan barang harian.. ataupun sebb nak beli bhn memasak time camping.. jadi nape suka dok johor?? hmmmm...sebenarnya di situla, langkahku bermula.. dan pastinya berharap langkahku akan sentiasa berterusan di sana sehingga nafasku yg terakhir..tapi.. skang ni??? skang ni tak tau la...

SB~ "ohhhh... ni la dia adik aidid yang telah mengantoikan aidid dan kak su ek"... hehehe, yeee.. ni la dia...

hmmm.. sebenarnya selagi kita tak bermusafir, tak tido sekali dan tak makan bersama ngan sahabat kita, kita masih belum mengenali mereka... so apa lagi ni.. jom jalan+makan+tido sekali !! jom geng hulu langat!!

written on 1st may 2009 katFB

Thursday, June 25, 2009

hari2 dalam hidupku

hmmm...
hari2 dalam hidupku ..
akan sunyi dan sepi bila mana tiada apa lagi yang aku sanggup korbankan..
hari2 dalam hidupku..
akan suram dan sunyi bila mana terlalu banyak alasan yang kureka untuk mengaburi pandangan..
hari2 dalam hidupku...
tidak bermakna bila mana aku berhenti dari berjalan..

ke manakah iman itu pergi???
ke manakah jiwa yang sanggup melakukan apa saja demi dakwah melarikan diri???
ke manakah jasad yang setia menanti arahan merehatkan diri??
ke manakah aku yang dulu??

jangan...
usah...
jangan dan usah biarkan dirimu terus begini...
kelak kau akan merasa satu kesunyian yang takkan mungkin diubati..
kelak kau akan merasa hidupmu kosong..
kelak kau akan merasa hidupmu tidak bermakna..

maka, jangan lah kau dustai lagi sedangkan kau pernah merasai kemanisannya..
jangan lah kau cuba menipu dirimu sendiri..
kembali lah pada jalanNya..
jalan yang penuh bermakna...
lawanlah .. lawanlah perasaan negative itu..

agar kau temui erti
pencarian diri akan makna hidup.

Wednesday, June 24, 2009

hehehe...

hmmm... satu wasilah untuk ku menyata atau bercerita malah barangkali berkongsi derita dan gembira ...