Monday, June 29, 2009

di saat tiada untukmu, aku ada disisimu!

Rabu bersilih ganti.. tup tup tibalah ke rabu yang semalam.. hehe..
tepat 8.50 pm, aku kuar dari rumah.. pi 'jalan2' dulu!! hmm sesat sampai ke nilai (salah andaian, dad ingat aku nk p USIM, so dia terslah bg peta).. alhamdulillah, ada 'peta berguna' lagi satu maka berjaya juga tiba di KUIS walaupun lewat dalam 20 minit (berpusing cari jalan masuk ke masjid~maka akhirnya terpaksa gak masuk ke tempat NO ENTRY!)

cara kak saiba mmg best! tak tau la .. tapi hati aku berbunga2 dgn caranya.. asek dokk sengih dan memandang tepat ke wajah nya tanpa mengedipkan mata (ehh mana bleh, mata mmg berkedip laa).. masa tu ada 7 org..termasuk aku n kak saiba. kak sara ngan group lain, kat hujung tepi sikit..

"apa pentingnya kita taaruf??"satu pertanyaan mudah yang simple, tapi aku jrg sekali tanya..tapi soalan ni telah membuat aku berfikir..hhmmm.. aah kan?apa pentingnya??

"berkenalan.."

"mengenali satu sama lain"..

dan lain2 jawapan.. dan of course la , taaruf ni berpanjangan kan, kita takkan kenal org dlm masa sehari.. so mestilah melalui proses2 tertentu kan,, paling tidak kita makan, tidor dan bermusafir bersama..even orang yg dah tinggal sebumbung pun belum tentu mengenali isi budi housematenya..

"rukun usrah yang kedua ape??" kak saiba tanya lagi dgn reaksi mata, kening .. ekspresi yg amat membangkitkan perhatian aku..

"tafahum!".. ramai2 menjawab...

"emm betul, tafahum, saling memahami..kita cuba memahami apa yang adik beradik usrah kita rasa, kita tak pentingkan diri... kita sentiasa akan cuba memahami sekiranya mereka ada masalah dan lain2, ok ape rukun yang ketiga plak??"

"takaful, kak. kita saling bantu membantu sekiranya adik beradik usrah kita dalam kesusahan"

"betul!dalam usrah, kita ibarat satu keluarga yang ada 'mak', ada 'ayah', ada adik beradik yang sepatutnya kita saling mengenali, memahami dan membantu sepanjang masa. tidak mengapa kalau kita jauh dari family tapi di sini,kita ada family yang sama2 akan jaga kita, jaga untuk apa? jaga supaya kita sama2 memimpin tangan mencapai redhaNYA. jadi kita kena saling memahami, kalau ada salah kita tegur cara berhikmah, dan yang ditegur perlulah ucap 'terima kasih', berlapang dada kerana adik kita yang lain ni cuba bantu kita daripada terlena jauh.selain dari tu, kita kena bantu di kala adik beradik kita berasa dalam kesusahan, dalam apa jua keadaan sehingga ke tahap "di saat orang lain tiada untukmu, aku ada disisimu!".......

pehhhhhh makin berbunga jiwa aku!betul2..betul2!!..ni yg menambahkan keyakinan aku ni.. hehehe..sedap betul ayat dia.(lebih2 terkena di saat aku di terkapai2 mencari diri".)..tapi inilah 'kuasa' ikatan ukhuwah yang berlandaskan aqidah.. semuanya kerana Dia, kasih dan sayang yg tak mudah pudar walau di badai bencana...hmm dan sesi diteruskan dgn Tilawah dan tadabur AQ (bertambah sonok bila kak saiba mmg pakar bab tafsir ni).. dan seterusnya kami buat review prakata buku pertama yg aku baca masa mula2 dulu berjinak dgn usrah ni.. "Apa Ertinya saya menganut Islam".. lama gile tak refresh kan diri dgn buku ni..sometimes, kita suka take for granted, benda2 yg kita rasa simple.. tapi sebenarnya yg simple tu la yg bisa menjadikan diri kita berbeza.. aifa di jaman kanak2/jahiliah, aifa di jaman teknik/pendedahan, aifa di jaman matrik/penjinakan, aifa di jaman perkembangan..dan aifa di jaman pekerjaan/pembantutan..hmm
..

"ye aifa.. nak tambh pape?? asek senyum je ni, mana aci asek kak saiba je ckp, next week akk nak puasa la"..katanya dgn senyuman manis.. hmm sejuk nyee hati melihat muka orang beriman... hmm pasti lagi sejuk perut ibunya yang mengandungkannya..

"emmmm aifa nak jadi adik usrah la... sonok lah..hehe" ..segan seh.. rasa tak layak sungguh.. kalau nak dibandingkan...dgn dia yang sangat mantap.. hmmm takpe2..pepun, aku teringat kembali lagu favourite skang.. "aku ingin mendekatiMu, sehina mana pun aku..".. jadi takpela... teruskan juga!

huhu.on the way balik tu, memecut dengan sepenuh perasaan.sambil berpikir. rugi betul sebab dtg lambat, kan best kalau dengar dari awal.. satu pendekatan yg amat berbeza dari cara aku yang gila ni.. haha tapi sangat menggoda jiwaku untuk menerima .. pecut jugak sebab...

"tolong belikan burger ayam.. ngidamlah.. hehe".. dan i am going to be mak su.. ehh tak glamour.. aunty la.. hahaha..alhamdulillah dan smoga dipermudahkan... amin..

ditulis di FB pada 4 June 2009.

No comments: