Wednesday, November 11, 2009

synchronization...

"aku redha wei.... atas ape yang jadi ni...aku tau pasti ada hikmah di sebalik semua ni..kan itu janji Dia." tipah menepuk2 bahuku... dan tersenyum lega mendengar kata2 yang terpacul dari bibirku.. jelas sahabatku itu sentiasa sedia berada di sisi..

"tak cukup jika hanya dititip di bibirmu... -aku redha!- 10 000 manusia mampu menyebutnya tapi tidak semua mampu untuk benar2 buktikannya, minah.."

"tapi aku manusia biasa, mana bisa tuk aku terus telan kepahitan dalam kehidupan ini begitu saja, aku perlukan masa.. masa tuk ...."

"masa untuk ko cuba menerima hakikat ketentuanNya? tadi ko kata ko redha, ko akui janji Allah benar... skang ni?? macam mana plak?? ni macam ckp tak srupa bikin je ni!! tak synchronize langsung!"

"erk...." aku terdiam.. memang aku akui, begitu mudah untuk mengucapkannya namun ianya tak semudah itu untuk aku membenarkan dengan hati dan pamerkan dalam bentuk kelakuan..sungguhpun di bibir aku kata aku redha, tapi hatiku masih tertanya2 nape aku diduga sebegini rupa... dan aku masih bersedihan sehingga mengabaikan kerja2 ku yang lain...

"itulah perjuangan dalam mendapat redha Illahi, ko yang kata tiada erti kehidupan yang mewah dan indah tanpa redha Illahi... dan di saat ini, ko sedang diuji, jika ko pilih untuk bersabar dan lebih akrab mengadu padaNYA, mohon kekuatan dariNya dan terus berusaha untuk menggapai redhaNya...bukankah ia lebih menenangkan hatimu???walaupun dalam keadaan susah dan payah.. kan Allah berfirman... kejayaan bagi org yang sabar dengan sebenar2 kesabaran?apa lagi yang ko cuba nafikan?"

"hmmmmmmm..........apa lagi yang cuba aku nafikan?"

"fikirkanlah jika ko diduga, ada org yang lebih teruk diduga.. dan malulah jika mereka mampu melalui nya tapi tidak dirimu.. fikirkanlah, jika ajalmu tiba 10 minit lagi, apa amal yang ingin ko bawa untuk bertemu denganNya? justeru, bangkitla!! dan jangan jadi budak lembik!"

"org yang faham hala tuju hidupnya, kemana akan dia pergi, untuk apa dia hadir di sni, tak sepatutnya LEMBIK!!"

(malu......pada diri sendiri)

Friday, November 6, 2009

pagi sabtu..

harini p jalan ngan mama n aida... niat di hati nak jog, tapi akhirnya end up with jalan kaki je.. hehe macam la tak biasa kan... harini berjalan ke kubur dad, dan seterusnya akan ke kedai mamak utk sarapan.. hihi..
kadang2 tak sangka bhw sesungguhnya aku telah 'kehilangan' dad.. kdg2 gak rasa mcm semua ni mimpi semata2.. atau aku je yang cube buat2 tak tau, atau buat2 takmau pk... tapi the fact is fact.. dad dah p dulu... dan one day, i'll be following him also... dad mungkin da selesaikan amanahnya di dunia as khalifah pada Allah, dan aku??? masih belum selesai... bila saatnya? entah, mungkin esok, atau mungkin sat lagi... dan apakah aku bersdia untuk hadapinya?? hmmm wallahu'alam... banyak lagi tanggungjawab dan hak yang belum tertunai.. ya Allah, berikanlah aku kekuatan...

menghadapi sesuatu yang bukan atas keinginan kita maybe memilukan.. lebih2 lagi jika kita kehilangan insan tersayang.. patah tumbuh hilang berganti tapi mungkin tak bagi seorang ayah yang telah mencurahkan seluruh kasih sayangnya pada anak2nya..pasti tak terganti... tapi kasih sayang yang Allah campakkan ke dunia ini hanyalah sekelumit, ciput je kalau nak dibandingkan dengan kasihnya ALLAH pada kita.. dan pasti semua yang terjadi ada hikmahnya, itu janji DIA.. pencipta kita.. siapalah kita untuk menyoal itu dan ini.. kita milikNya, jasad inipun milikNya, tiba saatnya kita semua akan pergi jua... justeru, aku tabahkan hati... walau kehilangan dad menghiris hati.. aku bagaikan terduduk terjelupuk.. tapi apakan daya, ujian untuk menguji sejauh mana aku buktikan keimanan padaNya..

kalau lah aku kata aku beriman kepada Allah, bagaimana aku benar2 mengikuti suruhanNya dan jauhi laranganNya..

kalaulah aku kata aku beriman kepada rasul, sejauh manakah aku menjadi kan rasulullah as model ikutan aku.. adakah aku benar2 apply sunnahnya???
kalaulah aku kata aku beriman kepada malaikat, adakah aku benar2 menyakini bahawasanya ada yang mencatat setiap langkah ku, baik kah buruk kah... dan adakah aku menjaga diriku agar biarlah hanya catatan amal baik yang tertulis?

kalaulah aku kata aku beriman kepada kitab2, adakah aku benar2 mengkaji Alquran yang disanjung itu? bukankah AlQuran as panduan hidup, dan aku betul2 apply tak ? atau ianya hanya dibaca, tapi tidak terserap ke dalam hati dan tidak dilahirkan dengan perbuatan????

kalau lah aku kata aku beriman dengan hari akhirat, adakah aku preparekan diri tuk ke sana?? bukankah di sana nnti ada pembalasan bagi insan yang baik /tidak, so mana pilihku??

kalau lah aku kata aku beriman dengan qada' qadar , adakah aku meredhai setiap apa yang ditentukannya?? dan redha bukan sahaja menitip di bibir, hati juga di dlm hati dan terpancar diperbuatan juga...

IMAN .. membenarkan dengan hati, mengakui dengan bibir, dan mempratikkannya melalui kelakuan... indahnya Islam kan?? hidup kan lebih beerti dan bermakna jika aku benar2 faham dan mempratikkan segalanya... ilmu sahaja tidak cukup tanpa penghayatan hati... usahlah menafikan dirimu yang rindukan pada kasihNya... tiada apa lebih beerti dalam dunia ini , selain mendapat keredhaan Dia.... mana pilihku?