Wednesday, November 11, 2009

synchronization...

"aku redha wei.... atas ape yang jadi ni...aku tau pasti ada hikmah di sebalik semua ni..kan itu janji Dia." tipah menepuk2 bahuku... dan tersenyum lega mendengar kata2 yang terpacul dari bibirku.. jelas sahabatku itu sentiasa sedia berada di sisi..

"tak cukup jika hanya dititip di bibirmu... -aku redha!- 10 000 manusia mampu menyebutnya tapi tidak semua mampu untuk benar2 buktikannya, minah.."

"tapi aku manusia biasa, mana bisa tuk aku terus telan kepahitan dalam kehidupan ini begitu saja, aku perlukan masa.. masa tuk ...."

"masa untuk ko cuba menerima hakikat ketentuanNya? tadi ko kata ko redha, ko akui janji Allah benar... skang ni?? macam mana plak?? ni macam ckp tak srupa bikin je ni!! tak synchronize langsung!"

"erk...." aku terdiam.. memang aku akui, begitu mudah untuk mengucapkannya namun ianya tak semudah itu untuk aku membenarkan dengan hati dan pamerkan dalam bentuk kelakuan..sungguhpun di bibir aku kata aku redha, tapi hatiku masih tertanya2 nape aku diduga sebegini rupa... dan aku masih bersedihan sehingga mengabaikan kerja2 ku yang lain...

"itulah perjuangan dalam mendapat redha Illahi, ko yang kata tiada erti kehidupan yang mewah dan indah tanpa redha Illahi... dan di saat ini, ko sedang diuji, jika ko pilih untuk bersabar dan lebih akrab mengadu padaNYA, mohon kekuatan dariNya dan terus berusaha untuk menggapai redhaNya...bukankah ia lebih menenangkan hatimu???walaupun dalam keadaan susah dan payah.. kan Allah berfirman... kejayaan bagi org yang sabar dengan sebenar2 kesabaran?apa lagi yang ko cuba nafikan?"

"hmmmmmmm..........apa lagi yang cuba aku nafikan?"

"fikirkanlah jika ko diduga, ada org yang lebih teruk diduga.. dan malulah jika mereka mampu melalui nya tapi tidak dirimu.. fikirkanlah, jika ajalmu tiba 10 minit lagi, apa amal yang ingin ko bawa untuk bertemu denganNya? justeru, bangkitla!! dan jangan jadi budak lembik!"

"org yang faham hala tuju hidupnya, kemana akan dia pergi, untuk apa dia hadir di sni, tak sepatutnya LEMBIK!!"

(malu......pada diri sendiri)

Friday, November 6, 2009

pagi sabtu..

harini p jalan ngan mama n aida... niat di hati nak jog, tapi akhirnya end up with jalan kaki je.. hehe macam la tak biasa kan... harini berjalan ke kubur dad, dan seterusnya akan ke kedai mamak utk sarapan.. hihi..
kadang2 tak sangka bhw sesungguhnya aku telah 'kehilangan' dad.. kdg2 gak rasa mcm semua ni mimpi semata2.. atau aku je yang cube buat2 tak tau, atau buat2 takmau pk... tapi the fact is fact.. dad dah p dulu... dan one day, i'll be following him also... dad mungkin da selesaikan amanahnya di dunia as khalifah pada Allah, dan aku??? masih belum selesai... bila saatnya? entah, mungkin esok, atau mungkin sat lagi... dan apakah aku bersdia untuk hadapinya?? hmmm wallahu'alam... banyak lagi tanggungjawab dan hak yang belum tertunai.. ya Allah, berikanlah aku kekuatan...

menghadapi sesuatu yang bukan atas keinginan kita maybe memilukan.. lebih2 lagi jika kita kehilangan insan tersayang.. patah tumbuh hilang berganti tapi mungkin tak bagi seorang ayah yang telah mencurahkan seluruh kasih sayangnya pada anak2nya..pasti tak terganti... tapi kasih sayang yang Allah campakkan ke dunia ini hanyalah sekelumit, ciput je kalau nak dibandingkan dengan kasihnya ALLAH pada kita.. dan pasti semua yang terjadi ada hikmahnya, itu janji DIA.. pencipta kita.. siapalah kita untuk menyoal itu dan ini.. kita milikNya, jasad inipun milikNya, tiba saatnya kita semua akan pergi jua... justeru, aku tabahkan hati... walau kehilangan dad menghiris hati.. aku bagaikan terduduk terjelupuk.. tapi apakan daya, ujian untuk menguji sejauh mana aku buktikan keimanan padaNya..

kalau lah aku kata aku beriman kepada Allah, bagaimana aku benar2 mengikuti suruhanNya dan jauhi laranganNya..

kalaulah aku kata aku beriman kepada rasul, sejauh manakah aku menjadi kan rasulullah as model ikutan aku.. adakah aku benar2 apply sunnahnya???
kalaulah aku kata aku beriman kepada malaikat, adakah aku benar2 menyakini bahawasanya ada yang mencatat setiap langkah ku, baik kah buruk kah... dan adakah aku menjaga diriku agar biarlah hanya catatan amal baik yang tertulis?

kalaulah aku kata aku beriman kepada kitab2, adakah aku benar2 mengkaji Alquran yang disanjung itu? bukankah AlQuran as panduan hidup, dan aku betul2 apply tak ? atau ianya hanya dibaca, tapi tidak terserap ke dalam hati dan tidak dilahirkan dengan perbuatan????

kalau lah aku kata aku beriman dengan hari akhirat, adakah aku preparekan diri tuk ke sana?? bukankah di sana nnti ada pembalasan bagi insan yang baik /tidak, so mana pilihku??

kalau lah aku kata aku beriman dengan qada' qadar , adakah aku meredhai setiap apa yang ditentukannya?? dan redha bukan sahaja menitip di bibir, hati juga di dlm hati dan terpancar diperbuatan juga...

IMAN .. membenarkan dengan hati, mengakui dengan bibir, dan mempratikkannya melalui kelakuan... indahnya Islam kan?? hidup kan lebih beerti dan bermakna jika aku benar2 faham dan mempratikkan segalanya... ilmu sahaja tidak cukup tanpa penghayatan hati... usahlah menafikan dirimu yang rindukan pada kasihNya... tiada apa lebih beerti dalam dunia ini , selain mendapat keredhaan Dia.... mana pilihku?

Monday, October 19, 2009

dugaan hidup..



setiap yang kita impi perlukan satu perngorbanan bukan?

sedangkan kejayaan di dunia ini pun perlukan satu usaha yang padu untuk digapai, apatah lagi jika yang diidamkan itu syurga...
dari satu ke satu.. dari satu ke satu..dugaan hidup melanda....


adakah aku kan mengalah? dan terus biarkan diri tersungkur? atau aku memilih untuk terus bersyukur atas hati yang mampu melihat bahawa segala ini adalah ujian dariNya yang bakal membantu diri sendiri untuk lebih akrab padaNya?


ya Allah, aku yakini, tiada apa dugaan yang Kau berikan melainkan ianya terbaik untukku.. dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izinMu.


ya Allah, dengarkanlah rintihan hambaMu ini... aku merayu padaMu..


berikanlah ketabahan kepada ibuku.. lapangkan la hatinya dalam menerima penentuanMu.. campakkan lah keyakinan di dalam hatinya bahawa satu hari nanti pelangi kan muncul menggembirakannya...
ya Allah, kasihanilah ayahku, lapangkanlah tempat persinggahannya... jauhilah dia dari azab kubur.. dia telah banyak bersusah payah untuk kami ya Allah, kasihanilah dia sebagaimana dia sentiasa mengasihani kami dari dulu hingga ke akhir hayatnya..hanya kepadaMu aku berharap dan aku bergantung kerana itu la yang selayaknya bagiMu.. Kau lah pelindungku ..lndungi aku dari segala perasaan yang menjauhkan aku dari kasihMu...


tiada makna dalam hidupku tanpa redhaMu wahai penciptaku...
berikanlah aku kekuatan... keyakinan dan ketenangan dalam hati agar aku kan terus sabar menanti pelangi yang bakal tiba...

Sunday, October 18, 2009

testing.


comel kan?cute je hidung dia.. hehe

Friday, August 14, 2009

belajar hidup sendiri

boleh tak nak hidup sendiri??? (monolog la ni)...
nak benti boleh??? (takle, tak jamin boleh bangkit setelah rahat, mesti jadi gile walaupun diizinkan untuk rehat)

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. lari takle, benti pun takle, justeru apa lagi yg boleh dibuat???? (teruskan je la...papepun teruskan berjalan.. peduli lah ko kalah ke menang ke..tapi keep on moving)

if only perlaksanaan semudah percakapan - just keep moving! (well sesuai ngan habuannya la!ingat semua benda free ke?? even tandas pun kena bayar!)

tapi tak semudah itu.. layak ke?? layak ke aku nak dpt habuan tu??? aku tak macam org lain, aku la insan paling pelik dlm dunia... i'm not good macam org lain!i have nothing untuk dibanggakan... nothing!!!! (tak yakinkah pada Allah?? bukankah Dia tu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun! dah hilang keyakinan ke??)

hmmm.. tak!aku yakini Dia mmg akan menerima apa jua kesilapan hambaNya dengan hati yang amat2 terbuka... cuma aku malu... bila nak minta maaf, aku kalah lagi.. dan minta maaf..aku kalah lagi... huhuhu bengang betul dgn diri ini! (its ok, Dia tak pernah bagi limitation...yang penting kita kembali pada DIa.. jangan nafikan tuntutan hatimu.. fitrah hatimu inginkan kebaikan..)

aku rindu saat aku mula2 berjumpa dgn jalan kecerahan.. saat itu, tiada limitation.aku jarang mengatakan tidak.. sentiasa membuka hati untuk menerima.. dan sanggup buat apa sahaja jika ia menerangkan hatiku yang sedia hitam.. (justeru, carilah diri itu semula!)

again, ia tak semudah percakapan ko wahai jiwaku! (nak seribu daya, taknak seribu dalih, you can keep on giving alasan, tapi ko juga yg akan merana.. but you can keep on trying and let Allah decide nak bg menang atau kalah, tapi itu juga depends pada usaha ko, tawakal ko, sejauh mana ko menyerahkan diri ko pada Dia)

hmmm... ia tak sesenang itu, aku banyak kelemahan.. byk karat2 jahiliah dlm diri.. rasa macam nak belah hati, cuci2 bersih2 bg suci.. mesti mudah nak berubah kepada kebaikan kan?? (tak perlulah belah, sat lagi mati pulak.. lembutkan lah hatimu... banyakkan taubat, rayu la pada Dia, kan Dia yang pegang hati ko, banyak kan zikir, khusyuk dlm solat..semuanya menyucikan hati)

ayat2 biasa je ni, tapi itulah ubatnya... kalau lari, aku merana, kalau stay pun aku masih merana tapi tak segile kalau lari lah.. apa lagi ?? ok fine, kita teruskan.. tapi mula2..mohon maaf sgt kerana tidak bersungguh2 menjalankan amanah ini... :(

i wish i could be no where..

for no reason..

semalam, time lunch lawak sangat, entah cane bleh borak pasal OBM.. hehe, aku, darma dan farha melepak dari penuh kantin TNB tu sampai le takde org langsung.. duk gelak tawa teringatkan kenangan time OBM..

lagi2 darma yg kalau cite tu dgn penuh excited sampai aku pun naik syeikh.. hehehehe.. anyway, mmg obm satu sweet memory.. esp antara aku dan Dia.. saat tu mmg terasa bergantungan aku terhadap Dia.. skang?? huhu, manusia, bila susah baru ingat bila senang???? huhuhu, ampunkan aku ya Allah.. sesungguhnya Kau Maha Pengampun.. lagi Maha Penyayang.. ampunkan aku atas kesilapan diriku..

petang plak sibuk pi talk 'Intro to Nuclear' setelah sepanjang pagi aku menyetelkan isu EGAT, maaf kepada geng SO, aku tak pi meeting docket almost dah 3 hari, selamba buat perangai.. hihi.. memula, malas btol nak pi nuclear tu, tapi sbb satu ofis keluar, maka aku pun melangkah le longlai.. tapi best gak, walaupun adakala aku ngantuk bila dok dengar pasal fussion la fission la,dan munculkan perkataan2 kimia..which i don't prefer to..hehe, tapi akhirnya dngr gak sehingga habis, cuma aku kuar awal beberapa minit as aku kesian mama tunggu lama plak nnti.. dan aku pun rasa nak muntah sebb dok tgk video goyang.. huhu seksa..

malam.. malam.. malam aku wat satu keje jahat, mai dah larang dah pun.. but i insist jugak.. hmmm mmg aku ni degil kot.. dan akhirnya muncullah zaman kegilaan aku.. ehehehehe.. apa nak jadi ngan aku ni???? sayang tak Dia pada aku lagi setelah aku asek kalah jeeee...???

malu ..malu...esok kat sana, pasti aku yg paling malu, sebb asek kalah je.. tak seperti org lain yg adakala temui juga kemenangan itu...

hmmm..... i'm crying but yet no one willing to share their time with me... tapi aku pehe, semua org sibuk,dan they even have to work to do compare to me, so apa lagi, only Him tempat aku nak ngadu.. i wish i could lie on His lap.. untuk ngadu... teruknyeeeee la aku ni!hampes lagi hampas!

Tuesday, July 28, 2009

...terangkanlah...

terangkanlah.. terangkanlah..
jiwa yang berkabut langkah penuh dosa
bila masa telah tiada
kereta kencana datang tiba-tiba

airmata dalam luka tak merubah ceritanya
hanya hening dan berjuta tanya
dalam resah dalam pasrah

terangkanlah.. terangkanlah..
hati yang mengeluh saat hilang arah
detik waktu yang memburu
detik yang tak pernah kembali padaMu

terangilah.. terangilah..
bimbing kami dalam langkah
ampunilah.. maafkanlah..
dosa hidup sebelum di akhir masa

ya Allah biha ya Allah biha
ya Allah bi khusnul khotimah
ya Allah biha ya Allah biha
ya Allah bi khusnul khotimah

Khusnul Khatimah by Opick