Monday, October 19, 2009

dugaan hidup..



setiap yang kita impi perlukan satu perngorbanan bukan?

sedangkan kejayaan di dunia ini pun perlukan satu usaha yang padu untuk digapai, apatah lagi jika yang diidamkan itu syurga...
dari satu ke satu.. dari satu ke satu..dugaan hidup melanda....


adakah aku kan mengalah? dan terus biarkan diri tersungkur? atau aku memilih untuk terus bersyukur atas hati yang mampu melihat bahawa segala ini adalah ujian dariNya yang bakal membantu diri sendiri untuk lebih akrab padaNya?


ya Allah, aku yakini, tiada apa dugaan yang Kau berikan melainkan ianya terbaik untukku.. dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izinMu.


ya Allah, dengarkanlah rintihan hambaMu ini... aku merayu padaMu..


berikanlah ketabahan kepada ibuku.. lapangkan la hatinya dalam menerima penentuanMu.. campakkan lah keyakinan di dalam hatinya bahawa satu hari nanti pelangi kan muncul menggembirakannya...
ya Allah, kasihanilah ayahku, lapangkanlah tempat persinggahannya... jauhilah dia dari azab kubur.. dia telah banyak bersusah payah untuk kami ya Allah, kasihanilah dia sebagaimana dia sentiasa mengasihani kami dari dulu hingga ke akhir hayatnya..hanya kepadaMu aku berharap dan aku bergantung kerana itu la yang selayaknya bagiMu.. Kau lah pelindungku ..lndungi aku dari segala perasaan yang menjauhkan aku dari kasihMu...


tiada makna dalam hidupku tanpa redhaMu wahai penciptaku...
berikanlah aku kekuatan... keyakinan dan ketenangan dalam hati agar aku kan terus sabar menanti pelangi yang bakal tiba...

2 comments:

"Scented Basil Flower" said...

Sabar kak, syukur Allah telah memilih akak dan family untuk diuji..Tanda orang2 beriman, dia menerima ujian dari Allah, kerana Allah tahu antum mampu.

Rindu sama akak.. tak puas rasanya baca tulisan je, nak borak sampai pagi macam dulu2..

aifa syireen arifin said...

inshaAllah.. tula.. kdg2 mcm tak caya je tgh hadapi semua ni.. huhu, inshaAllah hanah, cuba yang termampu..

hehe. meh la dtg umah akkk.. boleh borak2 sampai pagi...sempat lagi ni..