Friday, July 3, 2009

rasa hati :)

"kalaulah saya tahu lebih awal tentang semua ini, saya percaya saya boleh jadi yang lebih baik. ia bukan lah hanya satu agama..tapi ianya lebih dari itu..it's a way of life"

"bukan la saya tidak bersolat dahulu, mahupun membaca AQ dahulu.. tapi dulu kita lebih kepada mengikut apa yang nenek moyang kita buat.. tanpa kita benar2 tahu apa yang kita buat, tanpa kita fahami erti ayat yang kita baca..saya berasa sangat rugi.. kalaulah saya tahu lebih awal, mesti saya boleh jadi better"

aku dapat rasa yang ayat ini ikhlas keluar dari lubuk hatinya..tak perasan aku tersenyum sepanjang ucapannya, mungkin kerana aku menghayati tiap patah kisah : saat2 dia mendapat hidayah..apa yang telah mengusik hatinya sehingga dia merasa sangat gembira dengan kehidupannya yang dianggap lebih bermakna.. sebab ape?? sebab aku juga pernah melalui saat2 itu..

saat merasakan ruginye diri ini bila tak mengenali atau memahami tentang Islam. sama seperti dia, aku buat kerana org lain buat.. hanya mengikut angin, jika perlu ke kanan , aku akan ke kanan dan begitu juga sebaliknya.. tapi di saat aku mendapat sinar cahaya, aku mula merasai kemanisannya.. masa tu mmg menyesal..sama seperti dia, kalau aku fahami lebih awal lagi, pasti i'll be a better person. namun, masa itu sudah berlalu, apa yang berlaku telah pun berlaku, dan sesungguhnya perancangan Dia adalah terbaik..dan beruntunglah aku dan dia, kerana kami masih diberi peluang dan ruang untuk merasai kemanisan itu.. kerana tak semua yang terbangun bila dikejutkan...

aku juga jahil sepertinya, dia akui itu..namun itu bukanlah alasan untuk kita berlari jauh dariNYA.. kerana DIA itu Maha Penyayang, selangkah kita berjalan kepada Dia, Dia akan berlari kepada kita..

hati ini di saat bahgia atau luka pasti akan tersembuh bila kita serah padaNYA.. namun bila kita memilih untuk serah pada manusia, ia sentiasa terdedah dengan duka dan lara..

semoga rasa ini kan memacu untuk kita melangkah berlari kepada Dia..

1 comment:

dale said...

ikut hati mati, ikut rasa binasa